Ads Top

Menghidap Bipolar Disorder, Janna Nick Dedah Pernah Dua Kali Cuba Bunuh Diri

Pelakon popular Janna Nick mendedahkan bahawa dirinya adalah seorang yang menghidap bipolar disorder.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Janna memberitahu dia sudah didiagnosis secara klinikal dan sedang berehat seketika daripada menggunakan media sosial.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar.

“Saya kini berehat menggunakan media sosial bagi memberi fokus kepada diri sendiri. Sudah seminggu (dan masih akan teruskan) saya mengambil ubat-ubatan anti-kemurungan (Escitalopram) dan Carbamazepine (CBZ).“Selama ini, saya rasakan yang fikiran saya bekerja seperti individu lain.

“Saya juga fikir memang semua orang ada tiga hingga empati suara dalam kepala mereka pada satu-satu masa. Saya juga fikir ia perkara normal apabila suara-suara tersebut bercakap sesama sendiri dalam kepala dan membuat perbincangan. Sehinggalah saya mula mengambil ubat-ubatan, saya sedar, begini rasanya orang normal berfikir,” ujarnya.

Janna kali terakhir dilihat memuat naik posting di Instagram adalah pada 1 April lalu.

Sementara itu, pelakon berkenaan juga mengakui bahawa dia pernah ada rasa ingin mati semasa berusia lapan tahun.

“Zaman kanak-kanak saya tidak sama seperti rakan-rakan lain. Sepak terajang sudah jadi makanan saya. Saya pernah nak bunuh diri ketika usia saya 14 tahun dengan menelan segenggam Panadol dan beberapa ubat yang dijumpai di rumah.

“Saya tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Dahulu duduk dekat asrama, jauh. Setiap kali hujung minggu, lihat ibu bapa rakan-rakan lain datang melawat, bawa makanan untuk mereka. Saya? Perhatikan sahaja melalui tingkap.

“Kemudian cubaan membunuh diri kedua berlaku setahun kemudian, ketika tahun saya menduduki PMR. Saya memotong lengan saya depan adik saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis telah memberikan sokongan menerusi komen yang diberikan. – KopiPlanet.com

The post Menghidap Bipolar Disorder, Janna Nick Dedah Pernah Dua Kali Cuba Bunuh Diri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.