Ads Top

Bagaimana Hidup Boleh Berubah Bermula Dengan Solat Ini

(Video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan, dibawakan oleh MercifulServant)

Bagi sesiapa yang mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nouman, pasti terpaut hati dengan cara beliau menyampaikan pesanan yang mendalam dan kadang-kadang diselitkan unsur lucu yang kena dengan kehidupan yang kita lalui.

Kali ini beliau berkongsi tentang bagaimana mengubah hidup bermula hanya dengan solat Subuh.

“Saya kurang gemar bercerita mengenai betapa hebatnya para sahabat dan tabi’in beribadah kepada Allah”.

Menurut beliau, ramai yang akan kagum dengan cerita-cerita tersebut, kemudian akan lari dan langsung tidak melakukan perubahan. Mengapa? Kerana ramai yang merasakan mustahil!

Beliau menyarankan agar melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Bagaimana untuk bermula?

1. Tidur Awal

Jangan tidur lewat kerana menonton Netflix, atau melepak bersama rakan-rakan, malah jangan menonton ceramah Islamik sehingga pukul 2 pagi. Anda akan mendapat rehat yang cukup. Paling kurang, anda dapat menjauhkan diri daripada dosa dan kelalaian pada waktu malam.

2. Bangun Awal Sebelum Subuh

Bangunlah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum Subuh, bersihkan diri, lakukan qiyamullail sebentar dan bersedia untuk menunaikan solat Subuh.

Berazam untuk melakukan solat jemaah Subuh di masjid sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Percayalah, anda akan merasai kelainannya dan berharap akan dapat melakukannya berkali-kali. Jiwa akan lebih tenang untuk memulakan hari, dan rasakan bagaimana aspek kehidupan anda yang lain turut akan berubah.

Sesekali, kita perlu mengubah strategi dalam beribadah. Jika ibadah telah dirasakan seperti rutin, mungkin kita boleh mencuba rutin baru untuk memperbaharui semula semangat dalam beribadah. Selamat mencuba!




No comments:

Powered by Blogger.