Ads Top

Sedang Asyik Seronok Berkaraoke Tiba Tiba Muncul Suara Mengilai Terus Senyap Semua

Kali ni kami nak share satu video dimana budak-budak remaja ni sedang kusyuk berkarokae tiba-tiba ada pulak suara latar yang join, nyaring betul suara latar tu dik oi. Kami baru tonton belum ada kat situ lagi dah rasa seramnya. Sejurus terdengar suara lolongan atau pekikan sesuatu yang tak diketahui tu mereka terus suruh kawan yang tengah dok kusyuk tarik habis diam sebab ada suara yang pelik join mereka nyanyi.

Kalau kami, dah bukak langkah dulu dah hahaha. Bukan apa mula-mula suara nanti jumpa face to face pulak dengan sesuatu tu. Kami tak tau la kalau-kalau suara latar tu sebenarnya nak suruh yang nyanyi tu diam ke apa? Tapi apa yang penting memang seram.

Korang rasa tempat yang mereka karokae tu keras ke apa? Sebab suara tu bukan calang-calang orang boleh tiru..suara tu memang real sebijik macam cik ponti kita. Bagi pendapat kami sendiri memang suara cik ponti pun. Apa yang penting korang yang pasang niat nak karokae dengan kawan-kawan tu bawak-bawak la siasat dulu tempat karokae tu.

Yela takut jadi macam kawan kita yang dalam video nih. tak pasal-pasal jer rasa takut padahal nak seronok dengan hilangkan stress bersama rakan taulan kat tempat Karok tu. Tanpa membuang masa korang tonton lah sendiri video penuh kat bawah ni :

Sumber : Youtube Channel

Tanda-Tanda Ada Entiti Berdekatan Kita
Cerita mengenai makhluk halus, hantu dan jin sentiasa menjadi topik hangat malah, jika difilemkan pun akan dapat kutipan pecah panggung. Walaupun ramai mengatakan tidak pernah bertemu makhluk halus, ramai pula yang menempuh pengalaman yang menggerunkan itu.

Mendengar ceritanya saja mungkin membuatkan kita rasa seram dan ketakutan, apatah lagi jika merasakan kehadiran makhluk ghaib tersebut di sekitar kita. Berikut minn kongsikan tanda-tanda kewujudan makhluk halus di sekeliling kita :

1. Tiba-tiba rasa ada ‘orang’ lain bersama kita.

Pernah tak korang rasa seperti sedang diperhatikan atau macam ada orang lain dekat dengan korang, sedangkan waktu itu korang bersendirian? Faktanya, manusia adalah makhluk yang memiliki energi atau tenaga. Energi ini dapat mengesan energi lain yang hadir di sekitarnya.

2. Bulu roma meremang atau menegak

Kadang-kadang kita mendadak merasa bulu roma di tengkuk atau tangan menegak ke atas atau meremang. Ini biasa disebut dengan istilah merinding. Hal ini terjadi secara tiba-tiba dan pada waktu yang sama, kita pun mulai rasa pelik, cemas atau takut.

3. Ketukan

Jika kita tiba-tiba mendengar ketukan dipintu atau dinding bilik atau dinding rumah, itulah antara tanda ‘popular’ makhluk halus cuba berinteraksi dengan kita. Ketukan nampaknya menjadi bentuk paling umum adanya komunikasi antara manusia dengan roh. Makhluk halus melakukan itu untuk mendapatkan perhatian manusia dan sekaligus mungkin untuk menakutkan mereka.

4. Dengar orang panggil nama kita

Kadang-kadang kita perasan macam seseorang memanggil nama kita dan suara itu seolah-olah di tepi telinga kita. Suaranya mungkin sekadar berbisik tetapi sangat jelas. Sebenarnya itulah ketikanya makhluk halus sedang berusaha menyapa kita.

5. Bau aneh atau asing

Jika hidung kita tiba-tiba tercium bau aneh atau asing, samada bau itu harum atau busuk, itu ertinya makhluk halus itu sedang sangat dekat dengan kita.

6. Mendengar suara, bunyi aneh atau seperti bergaduh

Kita akan mendengar suara-suara aneh atau gaduh atau riuh rendah seolah ramai manusia di tempat tersebut. Tapi bila kita pergi jenguk, tak ada sesiapa di situ. Bunyi aneh yang sering dikaitkan dengan kewujudan jin di tempat tinggal kita ialah bunyi tapak kaki, guli atau pasir bertaburan, benda terjatuh dan ketukan pintu.

Sumber di atas adalah perkongsian dari blog https://ift.tt/2bx4ZIs. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam.

Kalau jumpa hantu apa nak buat?
Takut hantu? Haa… lepas ini kalau anda terjumpa hantu, sila ikut cara-cara di bawah.

POCONG – Hantu yang berbungkus macam lepat pisang ini memang mudah dicari kelemahannya. Kita Cuma perlu buka tali pengikat di atas kepalanya dan rentap kain balutannya. Dan tentu pocong ini akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun selain kain kapan pembungkusnya tu.

LANGSUIR – Hantu ini suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelirkan lidah. Kalau tidak pun, tunjuk cermin muka kat langsuir, pasti dia malu sebab mukanya hodoh. PUNTIANAK – Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan puntianak, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh mengilai lebih kuat dari dia, tentu puntianak tu boring.

HANTU RAYA – Hantu ini suka beraya dan suka menyamar jadi tuannya. Cara mengalahkannya senang saja, buatlah macam anda sedang sambut Hari Raya. Tiap kali jumpa hantu raya, bagi dia duit raya, ajak main meriam buluh, kacau dodol, anyam ketupat dan jaga lemang. Tentu hantu ni taubat tak mahu kacau kita sebab banyak betul kerja dia kena buat.

JERANGKUNG – Hantu ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja. Paling mudah untuk menewaskannya, iaitu lari ke rumah yang ada bela anjing. Gerenti jerangkung lari lintang pukang sebab takut kena kerkah dek anjing tadi.

TOYOL – Lagi senang nak kalahkan. Bagi duit satu sen berguni-guni, nanti si toyol ni ingat duit emas. Lepas tu dia pikul bawa balik bagi tuannya. Lepas tu sah-sahlah dapat penampar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak tu?

Lepas baca tip ni, dah tak payah takut dengan hantu lagi. Takutlah pada diri sendiri sebab kadang-kadang diri sendiri lebih menyeramkan daripada hantuuuuu!!!

Sumber: Mastika
Kredit: EmpireMediaNetwork




No comments:

Powered by Blogger.