Ads Top

Doa Yang Boleh Diamal Untuk Mengelak Gangguan Syaitan Di Ambang Kematian

Iblis dan keturunannya telah berjanji untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat. Pasti kita semua tahu akan peristiwa dan janji yang telah diukir itu, bukan?

Disebabkan itu, manusia dikurniakan akal untuk membezakan apa yang baik dan buruk bagi dijadikan bekalan untuk hari kelak.

Betapa hebatnya godaan syaitan sehingga mereka akan berusaha sehabis daya sehingga nyawa hampir sampai ke penghujung.

Waktu sakaratul maut melanda, waktu itulah syaitan semakin giat menggoda manusia agar dapat masuk ke perangkapnya.

Imam Al-Khatibi menjelaskan mengenai beberapa bentuk kematian, iaitu;

Maksud: “Syaitan akan mengganggunya ketika dia hendak meninggal dunia lalu menyesatkannya dan menghalangnya daripada bertaubat. Syaitan juga boleh membuat dirinya berasa putus asa dengan rahmat Allah atau membuat dia benci dengan kematian dan berasa sedih untuk meninggalkan hartanya sehingga tidak reda dengan keputusan Allah tentang kematian dan akhirat. Begitulah sehingga kehidupannya diakhiri dengan keburukan lalu dia bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.

Disebutkan juga bahawa tiada waktu yang lebih baik yang telah diperhatikan syaitan untuk menyesatkan manusia selain waktu kematiannya. Syaitan akan mengajak kawan-kawannya untuk bersama menyesatkan anak Adam itu.” (Kitab Aunul Ma’bud, 4/287)

Disebabkan itu, kita sentiasa dituntut untuk menjalani kehidupan ini dengan mengikut aturan dan syariat yang telah Allah berikan agar kematian kita suatu hari nanti akan menjadi sebuah kematian yang dicemburui.

Imam Ghazali berkata – “Cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya.”

Dan Baginda SAW ada mengajarkan kepada kita bagaimana untuk berlindung daripada godaan syaitan ketika sampainya sakaratul maut, iaitu dengan mengamalkan doa ini;

ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ø£َÙ† ÙŠَتَØ®َبَّØ·َÙ†ِÙŠ الشَّيطَانُ عِندَ المَوتِ

Maksud: “Aku berlindung kepadaMu agar tidak disesatkan syaitan ketika kematian.” (HR Ahmad, no. 8667. Disahihkan oleh imam Al-Albani)

Semoga pengakhiran kita diredai Allah.

The post Doa Yang Boleh Diamal Untuk Mengelak Gangguan Syaitan Di Ambang Kematian first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.