Bolehkah Menunaikan Solat Berjemaah Tanpa Iqamah
Setiap kali sebelum menunaikan solat berjemaah di masjid, pasti muazzin akan melaungkan iqamah terlebih dahulu.
Hukum Iqamat adalah sunat muakkad untuk menunaikan solat fardu lima waktu. Ertinya di sini, ia adalah sunat yang dituntut untuk dilakukan.
Kalau kita lihat, jarang-jarang ada masjid yang tidak melaungkan iqamat sebelum menunaikan solat.
Hal ini juga adalah untuk mengingatkan jemaah bahawa solat akan dilakukan dan mereka perlulah bersedia.
Manakala, waktu antara azan dan iqamat juga amat sesuai digunakan untuk berdoa kerana ia merupakan waktu terbaik dan afdal yang Allah akan kabulkan doa.
Namun, apa pula hukum jika tidak melaungkan iqamat sebelum menunaikan solat berjemaah?
Menurut pandangan daripada Mazhab Syafi’e, solat yang dilakukan tanpa iqamat itu adalah sah sama ada ia adalah secara bersendirian mahupun berjemaah.
Namun, hukumnya adalah makruh. Hal ini kerana ia meninggalkan perkara yang sunat dan dituntut dilakukan.
Justeru, dapat kita faham bahawa iqamat itu adalah sunat muakkad. Tidak berdosa jika ditinggalkan, namun hukumnya adalah makruh.
Walahu a’alam.
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
The post Bolehkah Menunaikan Solat Berjemaah Tanpa Iqamah first appeared on Tazkirah.
No comments: