Ads Top

Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran, Namun Tidak Dapat Tunaikan Permintaan Ibunya Untuk Dapat Jodoh

Sempena ulang tahun kelahiran ibunya akan tiba pada 25 April ini, pelakon Jue Aziz menitipakan ucapan di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsiannya itu, pelakon berkenaan menyatakan dia telah berjaya khatam Al-Quran, tetapi ada satu permintaan ibunya yang tidak dapat ditunaikan.

“Alhamdulillah… Finally Khatam Alquran Syukur. 1 je lagi permintaan mak orang xdapat nak tunaikan.. JODOH!! Tau mak risau.. susah sakit semua, orang sorang-sorang pun xpe asalkan ada mak.

“Kita bercinta berdua jelah mak! Mana tau esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi.. sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramdhan Terakhir.. Doakan ye Mak Jue diberikan kesihatan… kuatkan semangatnya Amin,” tulisnya.

Sebelum ini, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal.

Namun, pada Januari 2019 Jue memberitahu mereka sudah bercerai. Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2014. – KopiPlanet.com

The post Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran, Namun Tidak Dapat Tunaikan Permintaan Ibunya Untuk Dapat Jodoh appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.