Ads Top

Hani EXID Dapat Komen Berbaur Ugutan, Pihak Agensi Buat Laporan Polis

Penyanyi Hani EXID baru-baru ini telah mendapat komen yang berbaur ugutan oleh orang yang tidak dikenali di laman sosial.

Melihat kepada ugutan tersebut, pihak agensi Hani iaitu Sublime Artist Agency (SAA) telah membuat laporan polis bagi melindungi artis naungannya itu.

“Baru-baru ini kami telah mendapati bahawa terdapat beberapa komen yang berbaur ugutan di laman web terhadap artis kami, Ahn Hee Yeon (Hani).

“Pihak kami sudah meminta supaya laman web yang mengandungi ugutan berkenaan agar memadamkannya dan tindakan akan diambil kepada mereka yang terus membuat ugutan,” jelas kenyataan SAA.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak agensi sering berhubung dengan pihak polis untuk mengatasi masalah tersebut dan laporan akan terus dibuat kapada para haters yang telah melampaui batas.

Agensi telah berkonsultasi dengan polisi untuk langkah ke depannya melawan para haters. Tidak menutup kemungkinan mereka akan melaporkan netizen yang dianggap telah melewati batas.

“Dengan kenyataan yang dibuat ini, kami harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi terhadap Hani,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Hani EXID Dapat Komen Berbaur Ugutan, Pihak Agensi Buat Laporan Polis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.