Ads Top

Asyraf Khalid & Tya Arifin Sudah Mohon Maaf, Siti Nurhaliza Pesan Jadikan Apa Yang Berlaku Sebagai Iktibar

Pasangan selebriti Asyraf Khalid dan Tya Arifin sudah memohon maaf kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung gambar anak kedua penyanyi berkenaan serta video lawatan mereka ke hospital yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini sehingga dikatakan melanggar SOP.

Asyraf berkata, dia dan isteri sudah pun berhubung dengan Siti menerusi What’s App dan panggilan telefon untuk memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

“Sejak isu tersebut timbul, kami belum berkesempatan berjumpa dengan Mak Iti, cuma ada berhubung menerusi What’s App dan panggilan telefon.

“Kami dah jelaskan mengenainya dan Mak Iti cuma pesan supaya jadikan perkara yang berlaku ini sebagai iktibar,” jelasnya.

Asyraf berkata demikian ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa yang berlangsung di Wisma Mutyara hari ini.

Menurutnya, isu berkenaan juga membuatkan dia dan Tya menjadi lebih matang serta mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sementara itu, Tya pula meminta supaya isu tersebut tidak perlu lagi diperbesarkan.

Ujarnya, dia juga sudah memadamkan semua video yang dimuat naik di media sosial supaya tidak lagi berpanjangan.

“Kami juga ingin meminta maaf kepada mana-mana pihak yang terguris dengan tindakan kami ini. Memang salah itu datangnya daripada kami dan bukan salah sesiapa.

“Kalau boleh, biarlah Mak Iti menjalani waktu berpantang dengan tenang,” ujarnya.

Jelas Tya, dia dan suami akan pergi melawat Siti Nurhaliza pada hujung minggu ini. – KopiPlanet.com

The post Asyraf Khalid & Tya Arifin Sudah Mohon Maaf, Siti Nurhaliza Pesan Jadikan Apa Yang Berlaku Sebagai Iktibar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.