TERKINI: PKPD Dilaksana Di Institut Latihan KKM Johor Bahru Bermula Esok
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru bermula esok (3 November 2020) sehingga 16 November 2020.
Perkara tersebut diumukan oleh PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media perkembangan PKPP sebentar tadi.
”Atas nasihat KKM bagi menyekat penularan Covid-19 di lokasi ini, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru bermula dari 3 November (esok) sehingga 16 November 2020.
”PKPD ini akan melibatkan seramai 1559 individu yang terdiri daripada pelatih ILKKM, staf serta ahli keluarga dan pekerja sokongan,” kata beliau.
Jelas beliau, kesemua individu terlibat dikehendaki mematuhi semua SOP yang ditetapkan termasuk larangan pergerakan keluar masuk ke ILKKM kecuali kes-kes kecemasan.
”Dengan perlaksanaan perintah ini, semua yang terlibat dikehendaki, diwajibkan mematuhi SOP yang dikeluarkan termasuklah tidak dibenarkan pergerakan keluar masuk ke ILKKM kecuali kes-kes kecemasan, ada keluarga meninggal di luar dan sebagainya tetapi perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis,” kata beliau.
Sumber: Sidang Media PKPP
The post TERKINI: PKPD Dilaksana Di Institut Latihan KKM Johor Bahru Bermula Esok appeared first on Siakap Keli.
No comments: