(Video) Kejutan Daripada Isteri, Dr. Zulkifli Terima Hadiah ‘Perisa’ Liverpool Sempena Hari Jadi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52 tahun.
Bagi sesiapa yang sudah lama mengenalinya, pasti akan cukup memahami bahawa Dr. Zulkifli merupakan seorang peminat tegar kelab bola sepak Liverpool.
Justeru, bersempena dengan hari lahirnya hari ini, isteri beliau membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebiji kek yang ‘berperisa’ Liverpool.
Menariknya, kek berkenaan tertera di atasnya dua sosok tubuh yang saling ‘bergandingan’, iaitu Dr Zulkifli sendiri bersama pemain kebanggaan Liverpool, Mohamed Salah.
Kejutan kek hari lahir daripada isteri. pic.twitter.com/JQQZGPUhYA
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) January 16, 2021
Sambutan hari lahir dikongsikan secara rasmi dalam satu ciapan sekitar tengah hari tadi, turut sama disertai dengan rakaman video ucapannya.
Terima kasih atas ucapan dan doa semua. Bertambahnya umur, mengingatkan kita akan hampirnya kita kepada Pencipta. Moga hubungan kita dengan-Nya makin erat dan beri kebaikan kpd kita semua. Saya sayang anda semua.
Video di bawah. pic.twitter.com/jw4zrpBOz9
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) January 16, 2021
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) January 16, 2021
Dalam pada itu, laman Twitter Dr. Zulkifli turut ‘dihujani’ oleh ucapan-ucapan hari lahir.
Warganet, pengikut, peminat serta individu-individu berpengaruh tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan tersebut.
Watak karikatur terkenal, Artortoise juga tidak ketinggalan untuk meraikannya bersama Dr. Zulkifli.
Terima kasih. Sentiasa merasakan seolah-olah almarhum Ikhsan masih bersama kita. Kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah. https://t.co/YdN6axeboC
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) January 16, 2021
Dalam pada itu, ada juga warganet yang menyamakan tarikh lahir beliau dengan salah seorang pemain Liverpool warganegara Jepun, Takumi Minamino.
Sama la Birthday @drzul_albakri https://t.co/FxagFp3J13
— Mohd Azizi (@mda2121) January 16, 2021
Walaupun mungkin tidak ‘sehaluan’ dalam pasukan bola sepak, namun seorang warganet dipercayai peminat bola sepak pasukan Kedah ini turut sama mengucapkan ucapan hari lahir buatnya.
Selamat Hari Jadi, Tuan… Satu kaler, walaupun tak sama… pic.twitter.com/7R5ujJwZZr
— razakzainal (@razakzainal2) January 16, 2021
Sumber: Twitter Dr. Zulkifli
The post (Video) Kejutan Daripada Isteri, Dr. Zulkifli Terima Hadiah ‘Perisa’ Liverpool Sempena Hari Jadi appeared first on Siakap Keli.
No comments: