Ads Top

Shima Anuar Artis Terbaharu Positif Covid-19, Sahkan Tiada Kontak Rapat Dengan Pesakit

Pelakon Shima Anuar merupakan artis terbaharu yang telah disahkan positif virus Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsingkan sendiri olehnya menerusi perkongsian di Instagram.

“This really breaks my heart. I tak ada close contact dengan siapa-siapa yang kena Covid. Buat swab test sebab hari Jumaat baru ni tiba-tiba rasa susah nak nafas and sakit kepala.

“Bagitau my husband, he said maybe sebab I tak makan lagi, and maybe sebab perut masuk angin. So after dah makan everything dah ok la. But I cakap dengan my husband I nak buat jugak swab test just for precaution sebab kes makin hari makin banyak. It can be anywhere,” tulisnya.

Ujarnya, dia telah pergi menjalani ujian pada Sabtu lalu dan mendapat keputusan pada keesokan harinya dan disahkan positif, manakala suaminya yang ujian semalam disahkan negatif.

“Tak tau nak describe this feeling macam mana. Dalam kepala fikir anak je sekarang ni.

“Diorang semua dah pegi test pagi tadi. Hopefully my kids all safe from covid. Doakan kami,” tulisnya.

Menurut Shima, dia meminta pada sesiapa yang pergi berjumpa dengannya pada minggu lalu untuk membuat swab test.

“Now I tengah tunggu KKM to call me. Tapi dari semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah and tak keluar pun,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Shima Anuar Artis Terbaharu Positif Covid-19, Sahkan Tiada Kontak Rapat Dengan Pesakit appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.