Aktiviti Sosial Libatkan Perkumpulan Ramai Termasuk Kenduri Kahwin, Perarakan Keagamaan Termasuk Thaipusam Tidak Dibenarkan – PM
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi menyatakan bahawa aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai adalah tidak dibenarkan.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19.
Antara aktiviti sosial yang tidak dibenarkan adalah kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan.
Aktiviti sosial libatkan perkumpulan ramai termasuk kenduri kahwin, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam tidak dibenarkan – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/7tEywaRPlH
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 11, 2021
Bagi negeri yang dibawah perlaksanaan PKP Pemulihan pula, aktiviti sosial adalah dibenarkan namun perlu tertakluk pada SOP yang ketat.
Sumber: BERNAMA TV
The post Aktiviti Sosial Libatkan Perkumpulan Ramai Termasuk Kenduri Kahwin, Perarakan Keagamaan Termasuk Thaipusam Tidak Dibenarkan – PM appeared first on Siakap Keli.
No comments: