Ads Top

Bolehkah Membaca Basmallah Pada Awal Surah Taubah

Surah At-Taubah merupakan salah satu daripada surah yang diturunkan di Madinah dan mengandungi 129 ayat. Ia dinamakan sebagai At-Taubah yang bermaksud pengampunan.

Ia juga termasuk dalam surah-surah terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dan pada surah ini tidak dimulakan dengan membaca basmallah. Berbeza dengan surah-surah lain yang diawali dengan basmallah.

Imam Qurtubi menyebut bahawa ia tidak dibacakan basmallah kerana sewaktu wahyu ini diturunkan, ia tidak didatangkan dengan lafaz basmallah.

Para ulama juga menyebut bahawa lafaz basmallah tidak dituntut bacaannya ketika membaca surah ini kerana tidak ditulis di dalam Al-Quran, iaitu pada permulaan ayat ini. Ia adalah selari dengan tujuan penurunan surah ini yang diturunkan untuk peperangan.

Namun, apakah hukum jika diawali bacaan surah ini dengan basmallah?

Dalam hal ini, ulama menyebut bahawa, adalah lebih baik untuk membaca lafaz Ta’awuz (Ø£َعُوذُ بِاللَّÙ‡ِ Ù…ِÙ†َ الشَّÙŠْØ·َانِ الرَّجِيمِ) sahaja.

Ibnu Hajar dan Khatib Syarbini mengatakan bahawa haram hukumnya membaca basmallah pada awal surah ini disebabkan tujuan penurunannya adalah ketika peperangan.

Manakala, sebahagian ulama lain seperti Imam Al-Ramli mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh.

Justeru, melihat kepada penerangan daripada Mufti Wilayah juga, membaca lafaz basmallah pada awal surah ini adalah tidak dituntut dan perlu digantikan dengan bacaan taawuz.

Wallahu a’alam

The post Bolehkah Membaca Basmallah Pada Awal Surah Taubah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.