“Sweetheart… Fame Don’t Pay My Bills” – Suami Nadia Brian Nafi Gila Glamour
Sebelum ini, pergolakan rumah tangga antara pelakon Nadia Brian dan suaminya iaitu Mu’izz Nasruddin sudah diketahui umum apabila masing-masing saling kenyataan.
Yang terbaharu, suami pelakon berkenaan telah meluahkan perasaan menerusi Insta Story miliknya tentang hubungan mereka berdua.
“Karenah? Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju, bersihkan rumah, semua tu maid ada sediakan!
“Aku tak pernah halang dan paksa kau bekerja, aku tak pernah halang kau untuk berkawan, aku tak pernah berkasar dengan kau. So apa yang kau derita sangat?” persoalnya.
Menurut Mu’izz, sepanjang menjadi suami dia telah menunaikan nafkah yang cukup ikut kemampuan kepada isterinya itu.
Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa apa yang dia tidak mampu adalah menghadiahkan isterinya rumah.
“Karenah aku hanya tak mampu hadiahkan kau rumah dan mencukupi kehendak kau buat masa sekarang ini.
“Times are hard, economy is bad, is that even an excuse for the all the crap you said and did?” tulisnya.
Dalam pada itu, dia juga menafikan bahawa dirinya adalah seorang yang gila glamor.
Ujarnya, dia juga mahu Nadia menghentikan semua posting yang tidak benar tentang dirinya, sekiranya isterinya mahu dia berhenti bercakap tentang kebenaran.
“Aku gila glamour? Sweetheart… fame don’t pay my bills. I don’t do reviews for money nor I gelek-gelek bontot on TikTok for attention. I gain nothing from the mess,” ujarnya. – Kopiplanet.com
The post “Sweetheart… Fame Don’t Pay My Bills” – Suami Nadia Brian Nafi Gila Glamour appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: