Ads Top

“Rezeki Halal Nak Malu Apa?” – Saharul Ridzwan Diperlekeh Jual Pisang

Hasrat pelakon Saharul Ridzwan untuk lebih serius dalam perniagaan pisang telah diperlekehkan oleh seorang netizen.

Dalam perkongsian di Instagram miliknya, pelakon itu menunjukkan kata-kata yang ditulis berkenaan kepadanya.

“Hahaha… dah tak ada job sampai jual pisang. Tak malu ke jual kat gerai macam tu.

“Kalau I artis, I tak jual kat gerai-gerai macam tu. Takpalah good luck tau,” tulis netizen berkenaan.

Menurut Saharul, dia berasa hairan kerana masih ada pemikiran ke arah sebegitu, sedangkan dia berusaha ke arah mencari rezeki yang halal.

“Rezeki halal nak malu apa? Doa-doalah one day saya dapat pakai Lambo macam tuan,” balasnya.

Sebelum itu, pelakon berkenaan juga turut berkongsi bahawa dia berjaya menjual 200 kilogram pisang berangan dalam tempoh 40 minit. – KopiPlanet.com

The post “Rezeki Halal Nak Malu Apa?” – Saharul Ridzwan Diperlekeh Jual Pisang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.