Radio JAWI Dilancarkan Sebagai Inisiatif Penyampaian Dakwah Melalui Media Interaktif
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melancarkan sebuah stesen radio rasminya sendiri yang dinamakan Radio JAWI.
Ia merupakan salah satu inisiatif melalui pelan pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan untuk tahun 2020 sehingga 2024 di dalam teras dakwah.
Selain itu, ia turut menginovasikan sistem penyampaian dakwah melalui media interaktif yang menyasarkan kepada semua golongan.
Untuk peringkat awal, radio ini akan memaparkan tiga segmen menarik, iaitu Jawikan Jiwaku, Selamat Pagi Warga Jawi dan Apa Cerita Warga Wilayah.
Ia juga hanya beroperasi selama satu jam sahaja, iaitu dari pukul 10 pagi pada hari Rabu dan Jumaat.
Anda boleh mengikuti Radio JAWI pada pautan yang disediakan: Radio JAWI
The post Radio JAWI Dilancarkan Sebagai Inisiatif Penyampaian Dakwah Melalui Media Interaktif first appeared on Tazkirah.
No comments: