Kerajaan Berbincang Lanjut Berkenaan Penubuhan Universiti Al-Quran
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama-sama dengan para pegawai tinggi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membincangkan usul penubuhan Universiti Al-Quran.
Katanya, di pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), segala urusan berkaitan telah menghampiri ke fasa akhir.
Manakala, di peringkat KPT, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memurnikan lagi cadangan ini.
Sebelum ini, Dr Zulkifli menyebut bahawa kerajaan menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Universiti Al-Quran dengan menaik taraf Institut Darul Quran.
Cadangan ini adalah dengan menggunakan sepenuhnya model wakaf seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara lain.
Penubuhan ini juga akan memastikan ia selaras dengan Rang Undang-Undang Wakaf serta berdasarkan dasar dan polisi sedia ada.
Ia juga akan menawarkan peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian agama di peringkat tertinggi berkonsepkan sistem wakaf.
Para pelajar juga berpeluang untuk menyambung di mana-mana institusi pendidikan luar negara untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran dan dakwah.
Ini adalah selari dengan objektifnya untuk melahirkan golongan profesional yang hafiz, mahir dan berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.
Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
The post Kerajaan Berbincang Lanjut Berkenaan Penubuhan Universiti Al-Quran first appeared on Tazkirah.
No comments: