Ads Top

Hasley Minta Maaf Tayang Gambar Separuh Bogel, Badan Kurus Kering

Penyanyi Ashley Nicolette Frangipane atau lebih dikenali sebagai Hasley sudah meminta maaf gara-gara menayangkan gambar separuh bogel di Insta Story miliknya.

Semuanya bermula apabila dia mengikut trend ‘Post of a picture’ di Instagram dan memuat Naik Gambar berdasarkan permintaan peminat.

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah berkenaan tubuh badannya yang kurus kering. Selain itu, turut kelihatan rangka badannya dengan jelas.

Penyanyi itu mengungkapkan bahawa ketika itu dia mengalami ‘eating disorder’ atau gangguan pemakanan. Ia merupakan masalah di mana seseorang itu enggan makan dan akan memaksa untuk muntah.

Di sebalik gambar tersebut yang kemudian menjadi tular, terdapat segelintir netizen yang berasa ternganggu sehingga mencetuskan kontroversi.

Enggan ada pihak yang tersinggung, Hasley lantas membuat permohonan maaf menerusi Twitter, meskipun niat asalnya mahu memberi mesej yang positif.

“Saya sangat menyesal kerana memuat naik foto yang menggambarkan perjuangan mengatasi masalah (disorder eating) tanpa membuat sebarang pertimbangan.

“Saya sangat gugup dan berasa seperti bersalah. Saya mempunyai niat yang positif dan tidak berniat menyakiti seseorang yang sedang berjuang seperti saya,” jelasnya.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah mendedahkan mengenai masalah disorder eating menerusi wawancara bersama Rolling Stone pada tahun lalu. – KopiPlanet.com

The post Hasley Minta Maaf Tayang Gambar Separuh Bogel, Badan Kurus Kering appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.