Ads Top

#86 – Wujudkan Tabung Kecemasan Untuk Waktu Genting

Dalam hidup kita setiap hari, kadang-kadang ada musibah yang datang tanpa di sangka-sangka. Contohnya seperti telefon bimbit yang tiba-tiba rosak atau jatuh pecah, kereta yang secara tiba-tiba ada masalah atau laptop pula rosak dan menyukarkan anda menyiapkan kerja.

Bukan itu sahaja, banyak lagi masalah dan perkara kecemasan yang tiba-tiba berlaku.

Jadi, apa yang penting pada waktu ini adalah tabung simpanan atau tabung kecemasan yang boleh membantu kita menyelesaikan situasi tersebut.

Tidak semua orang mempunyai tabung kecemasan. Jangan tunggu sehingga sudah terhantuk baru terngadah.

Jadi, bagaimana kita hendak wujudkan tabung kecemasan atau menyimpan dalam simpanan kecemasan ini agar masalah yang bakal dihadapi tidak membelenggu lama?

#1 – Caranya adalah kita kena ada satu jumlah, iaitu secara asas, sekurang-kurangnya 5% hingga 10% daripada pendapatan anda.

Contohnya; Katakan anda menerima gaji RM1000 sebulan. Jadi tabung kecemasan anda adalah antara RM50 sehingga RM100 setiap bulan.

Selepas dah tahu berapa jumlah yang perlu disimpan dalam simpanan kecemasan barulah masuk yang seterusnya iaitu; 

#2 – Berapa banyak pula kena simpan dalam tabung atau simpanan kecemasan ini?

Secara asasnya 3 bulan hingga 6 bulan gaji. Maksudnya; jika ada yang bekerja kerajaan iaitu sebagai penjawat awam, jumlah simpanan 1 bulan hingga 3 bulan. 

Jika ada yang bekerja di sektor swasta pula mestilah antara 3 bulan hingga 6 bulan.

#3 – Di mana pula hendak simpan duit ini? Anda boleh menyimpan di tempat yang mudah untuk dikeluarkan tetapi tidak terlalu mudah.

Apa maksudnya tidak terlalu mudah? Sebab kalau ia terlalu mudah untuk dikeluarkan, belum sempat nak tambah lagi duit di situ, duit itu sudah dikeluarkan serta digunakan untuk benda-benda yang bukan kecemasan.

Sekarang ini semua orang dah ada kad ATM dan kad ATM ini seboleh-bolehnya mesti ada satu yang kita dah khaskan untuk simpanan kecemasan.

Contohnya kita ada 2 atau 3 akaun bank yang berbeza. Kita khaskan satu kad ATM ini hanya untuk kecemasan sahaja dan ada ketikanya kalau kita keluar pergi berjalan tak bawa kad ATM ini pun tidak mengapa.

Kalau sikap anda selalu menggunakan duit, kita simpan saja kad ATM yang dikhaskan untuk simpanan kecemasan itu di rumah.

Tetapi kalau kita nak keluar pergi ke tempat yang jauh, nak balik kampung misalnya. Kita rasa kemungkinan kereta boleh rosak di pertengahan jalan. 

Maka bawalah kad ATM yang kita dah peruntukan untuk simpanan kecemasan itu.

Kesimpulan

10% atau 5% daripada gaji anda perlu disimpan setiap bulan sehingga ia cukup 6 bulan gaji bagi yang bekerja di sektor swasta.

Dan simpanan kecemasan ini boleh digunakan bagi yang bekerja di sektor swasta seandainya dibuang kerja, diberhentikan ataupun syarikat tempat bekerja sudah tutup dan sebagainya.

#Menuju2021
#PE1H

The post #86 - Wujudkan Tabung Kecemasan Untuk Waktu Genting first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.