Ads Top

Sunnah Basahkan Bahagian Badan Ketika Hujan Turun

Apabila turunnya hujan, perasaan manusia bercampur baur; ada yang gembira kerana turunnya rahmat dari Allah, ada juga yang kecewa kerana tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa dan pelbagai lagi.

Namun, dalam kita melayan perasaan-perasaan tersebut, tahukah anda ada beberapa sunnah yang Nabi SAW lakukan tatkala turunnya hujan dan salah satunya ialah membasahkan bahagian anggota badannya dengan air hujan.

Perkara ini ada diceritakan dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang menyebut:

Maksud: “Pada suatu ketika, hujan turun dan kami (para sahabat) berada bersama Rasulullah SAW. Lalu, Baginda SAW menyelak bajunya sehinggalah hujan menimpa ke atas badan Baginda. Kemudian, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapakah anda melakukan ini?”

Baginda SAW menjawab: “Kerana ia (hujan) baru sahaja turun dari tuhannya Yang Maha Tinggi.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 898)

Justeru, melalui peristiwa ini, ulama menyebut bahawa membasahkan sedikit bahagian badan ketika turunnya hujan adalah termasuk dalam salah satu perbuatan mengiktu sunnah Baginda SAW. Melakukannya adalah dinilai sebagai pahala sunat.

Bagaimanapun, perlu dilihat bahawa anggota badan yang dibasahkan itu hendaklah yang tidak membuka aurat. Untuk mengambil pahala sunat, boleh sahaja membasahkan tangan atau muka.

Antara sebab dilakukan perkara ini adalah kerana hujan itu merupakan rahmat yang diturunkan kepada sekalian alam. Disebabkan itu, Baginda SAW mengambil berkat darinya.

Hal ini sebagaimana firman Allah yang disebutkan:

ÙˆَÙ†َزَّÙ„ْÙ†َا Ù…ِÙ†َ السَّÙ…َاءِ Ù…َاءً Ù…ُّبَارَÙƒًا

Mafhum: “Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak feadahnya.” (Surah Qaf, 50:9)

Kesimpulan

Hujan itu adalah rahmat yang diturunkan Allah kepada penghuninya. Disebabkan itu, kita melihat sunnah Baginda SAW yang gemar mengambil keberkatan akannya dengan mandi hujan atau membasahkan bahagian badannya.

Wallahu a’alam

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan

The post Sunnah Basahkan Bahagian Badan Ketika Hujan Turun first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.