(Video) Petronas Kongsi 5 Tips Memandu Jika Terperangkap Dalam Banjir Rakyat Malaysia Kena Tahu
Sekarang kan musim hujan. Boleh kata hampir setiap hari kita akan ‘bermain’ dengan cuaca yang tidak menentu.
Apabila memandu kereta di jalan raya ketika waktu hujan, mesti akan berasa sedikit sukar kan?
Kita nak kena kawal kelajuan dalam kadar yang selamat, dalam masa sama terpaksa berdepan dengan situasi pemanduan yang perlu berhati-hati.
Tahukah anda, apabila hujan turun terlalu lebat hingga berlakunya banjir, kita sangat tidak digalakkan untuk ‘meredah’ banjir tersebut.
Bimbang akan berlaku kerosakan di bahagian enjin. Tak percaya? Ikuti video pesanan khidmat sosial yang dikongsikan oleh PETRONAS di bawah ini.
Musim hujan ni mesti ada yang terpaksa redah banjir lagi-lagi di kawasan Pantai Timur!
Tidak digalakkan untuk meredah banjir kerana risikonya amat tinggi! Ingat ya, kalau minyak enjin bertukar warna dan penapis enjin basah, bermakna air sudah masuk. pic.twitter.com/H2yh4UqFh5
— PETRONAS Brands (@Petronasbrands) November 27, 2020
Kalau begitu, jangan hidupkan enjin Telefon penunda dan bawa ke pusat servis.
Pandu dengan cermat dan selamat semua #PETRONAS #SafetyTip #Flood
— PETRONAS Brands (@Petronasbrands) November 27, 2020
Sumber: PETRONAS
The post (Video) Petronas Kongsi 5 Tips Memandu Jika Terperangkap Dalam Banjir Rakyat Malaysia Kena Tahu appeared first on Siakap Keli.
No comments: