COVID-19: Kluster Tapak Bina Puteh Lama Muncul Di KL Antara 4 Kluster Baru Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak empat kluster telah dikenalpasti pada hari ini.
Berikut merupakan perincian bagi kluster-kluster tersebut.
KLUSTER JALAN TUARAN
Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 27 November 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN HARUAN
Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 November 2020 hasil saringan pekerja-pekerja di sebuah kilang. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 300 individu telah disaring, di mana 118 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Ini melibatkan 10 kes warganegara dan 108 kes bukan warganegara.
KLUSTER TAPAK BINA PUTEH LAMA
Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 sejak 26 November 2020 melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 820 individu telah disaring, di mana 139 kes telah dikesan positif COVID-19.
KLUSTER BERINGIN
Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini merupakan pekerja-pekerja di dua (2) buah kilang di Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-51576) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 27 November 2020, sejumlah 3,116 individu telah disaring, di mana 37 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sabah, P.Pinang, KL dan N.Sembilan masing-masing melaporkan kluster baharu melibatkan 337 kes baharu.
Setakat 27 Nov, 349 kluster dilaporkan termasuk 4 hari ini. 173 telah ditamatkan, bermakna tinggal 176 kluster lagi yang masih aktif. pic.twitter.com/lQg6L7APA0
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) November 27, 2020
Status Terkini COVID19, 27 Nov 2020
Kes sembuh=1,148
Jumlah kes sembuh=50,204 kes
Kes baharu positif=1,109 kes
(kes import=10 kes tempatan=1099)
Jumlah positif=61,861 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=350 kes
Kes dirawat di ICU=113 kes
Bantuan Alat Pernafasan=41 kes pic.twitter.com/qQ8uFqRfYY— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) November 27, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
The post COVID-19: Kluster Tapak Bina Puteh Lama Muncul Di KL Antara 4 Kluster Baru Hari Ini appeared first on Siakap Keli.
No comments: