Angkara Tuduhan Pedofilia, Alvin Chong Hilang Job Puluhan Ribu Ringgit
Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong menafikan dakwaan yang dia kini sedang bercinta dengan gadis bawah umur, bintang Tik Tok, Athalia Deena Buswani ,17, sehingga dilabel pedofilia oleh orang ramai.
Menurut Alvin, 30, dakwaan itu telah menyebabkan dia kehilangan kerja dengan sebuah syarikat aplikasi yang bernilai puluhan ribu ringgit gara-gara dia dituduh menjalinkan hubungan dengan anak penyanyi Sharifah Zarina itu.
“Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Athalia seperti yang diperkatakan netizen di luar sana. Sebenarnya saya agak terkejut dengan tuduhan itu kerana hubungan kerja kami telah disalah anggap sehingga mencetuskan serangan buli dalam talian (cyber bully).
“Dakwaan mengatakan saya pedofil itu telah menyebabkan saya dan Athalia kehilangan kerja bernilai puluhan ribu ringgit disebabkan imej saya telah diburukkan dengan cerita itu,” katanya.
Dia berkata demikian kepada ketika ditemui pada sidang media tergempar yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya hari ini.

Kontroversi itu tercetus apabila aksi mesra Alvin dan Athalia hangat diperkatakan di Twitter sehingga jejaka itu dikecam sebagai pedofil.
Walaupun imejnya sedikit terjejas disebabkan isu itu, namun Alvin tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya tidak agresif macam itu (nak saman), tujuan saya adakan sidang media ini pun untuk jelaskan tentang perkara ini.
“Saya harap orang yang buat fitnah itu boleh sedar diri dan saya cuma harap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain di masa akan datang.
“Saya juga tidak menyalahkan netizen sebab saya faham ini adalah budaya mereka yang suka meninggalkan komen-komen yang tidak masuk akal,” jelasnya lagi. – KopiPlanet.com
The post Angkara Tuduhan Pedofilia, Alvin Chong Hilang Job Puluhan Ribu Ringgit appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: