(Video) “Saja Angkat Bawah Tikar Getah, Ya Allah Penuh Ulat…” Gadis Tertekan, Dapat Roomate Muka Cantik Tapi Didakwa Pengotor & Pemalas
Sebut sahaja tentang penyewa rumah sewa, pasti pelbagai ragam mereka bermain di fikiran kita.
Ada penyewa yang bagus, pembersih, rajin mengemas, jaga solat, ramah dan sebagainya.
Namun tidak dapat dinafikan, ada juga penyewa yang sebaliknya.
Tidak perlulah penulis menjelaskannya dengan lebih dalam, biarlah kisah benar yang dikongsikan Cik Rara di bawah ini menceritakan segala-galanya.
*Nota: bersedia untuk loya
Penyewa dari NERAKA!
Sepanjang PKP dia menghuni rumah ini seorang diri sebab bekerja. Jadi kami yang pelajar balik kg halaman. Sy sblm balik mmg da bersihkan rumah dan pastikan sampah dibuang.
Bila balik rumah "hadiah" saya dapat dan dia "lari pindah" tiba² sblm sy balik. pic.twitter.com/tBSI0cxVLY
— 🕊 cik rara 🕊 (@norazirahrara) July 10, 2020
Muka cantik, putih kemerahan, ayu dan jelita tapi sayang sekali pengotor. Dia hidup bersama ulat² dan tikus mondok muncung tirus tanpa rasa geli. Bawah dapur masak penuh taik tikus tapi dia boleh masak mcm biasa. Makan penuh selera.
Lepas tu tak basuh dan tinggalkan.
Sampah dia ni baru separuh. Total beg plastik hitam besar 10 bag.
Boleh pula bilik dia tinggalkan penuh dengan sampah.
Kamu fikir saya kuli kamu? Dalam almari penuh tikus mondok muncung panjang. Buka² lari bertempiaran tikus tu termasuk saya dan penghuni baru.
Macam ni kotor dapur sampai berkeladak dan hitam dia guna. Sebab makan tak basuh lepas tu tikus makan makanan dia dalam sinki dan kuali.
Itu sinki mula² air hitam bertakung. Penghuni baru tolong buangkan air bertakung hitam.
Rumah busuk bau bangkai.
Geli tak geli kene juga hadap perempuan pengotor ni.
Taik tikus berpesta satu dapur.
Inilah ulat yang saya cakap tu . Penuh dalam peti ais dan rumah.
Saya saja angkat bawah tikar getah, ya Allah penuh ulat ni duduk bawah tikar.
Owner datang sebab nak check peti ais. Dia tak tahu mula² peti ais penuh ulat termasuk rumah jahanam.
Inilah ulat yang saya cakap tu . Penuh dalam peti ais dan rumah.
Saya saja angkat bawah tikar getah, ya Allah penuh ulat ni duduk bawah tikar 🤮🤮🤮.
Owner datang sbb nk check peti ais. Dia xtahu mula² peti ais penuh ulat termasuk rumah jahanam pic.twitter.com/KpNGDreAix
— 🕊 cik rara 🕊 (@norazirahrara) July 10, 2020
Biasa kita dengar “malanglah wanita yang tersalah pilih suami”.
Tapi hari ini saya ingin katakan “malanglah seseorang jika dapat penghuni rumah pengotor atau lebih malang lagi lelaki/perempuan yang beristerikan/bersuamikan si pengotor ini”.
Berlinang air mata sy bila owner (umur 70 lebih) cakap “Saya angkap penyewa mcm anak saya dan bagi sewa murah sebab tahu ramai susah”.
Rm450 sebulan rumah flat ni. Peti ais owner jahanam. Muka dia sedih bila sy minta peti ais baru sebab peti ais rosak.
Wahai perempuan dan lelaki, Apa guna kulit putih mulus tapi pengotor!
Apa guna keluar pakai cantik² tapi pengotor!
Apa guna masak untuk pakwe /makwe tapi pengotor!
Apa guna dapat pakwe hensem tapi pengotor!
Apa guna rajin masak tapi pengotor!
Apa guna makeup lawa² tapi pengotor!
Sebelum ini saya sabar, sabar, sabar, sabar, dan sabar dengan semua penghuni rumah sewa yang pengotor & pemalas! Termasuk rumah² yang pernah saya sewa sebelum ini. Tapi kali ini memang melampau! Saya menangis tengok rumah kotor sebab saya dapat bayangkan kepenatan mengemas.
Saya masuk & saya kemaskan semua “kekotoran & najis” luar dan dalam bilik air mereka! Allah sahaja tahu betapa saya kepenatan. Saya tidak kisah mereka tidak tolong saya kemas rumah sebab saya boleh sendiri tapi “tolonglah jaga sama² bila saya dah tolong kemaskan!!!
Saya memang tidak boleh hidup dengan keadaan rumah kotor, bernajis, bilik air berkerak & lumut hitam, dapur penuh hitam² & berminyak, ulat penuh dalam tong sampah, botol mineral tidak buang, dah masak tak basuh, baju sidai berminggu kat ampaian, rendam baju berminggu, rumah berhabuk & tak menyapu, rambut gugur di lantai (kalau kumpul boleh buat baju), sinki berkeladak hitam, dan rumah berbau.
Tolong jangan buat harta owner macam ni. Kau fikir orang beli pakai air liur.
Tujuan penulisan saya adalah untuk dijadikan pengajaran bagi semua “penyewa rumah orang” yang tidak sedar diri lagi miskin (harta & jiwa)! Tiada niat memburukkan mana pihak kerana kesabaran saya telah hilang ditambah dengan kerosakkan harta pemilik rumah.
Doakan kami ada rezeki dapat beli peti ais baru. Barang² dalam rumah 90% jahanam tapi Alhamdulillah ramai yang bantu beli. Cuma kami tengah kumpul utk beli peti ais baru utk ganti peti ais pakcik ni. Siapa² sudi bantu bolehlah bantu
CIMB BANK 7060400108 NORAZIRAH BINTI BUANG
The post (Video) “Saja Angkat Bawah Tikar Getah, Ya Allah Penuh Ulat…” Gadis Tertekan, Dapat Roomate Muka Cantik Tapi Didakwa Pengotor & Pemalas appeared first on Siakap Keli.
No comments: