Ads Top

Lelaki 65 Tahun Warga Perancis Ditahan Di Indonesia, Didakwa Cabul Lebih 305 Budak Bawah Umur

Seorang warganegara Perancis berumur 65 tahun ditangkap oleh Polis daerah Metro Jaya, Indonesia kerana melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Suspek ditangkap di sebuah hotel di wilayah Jakarta Barat.

Menurut polis lelaki tersebut, suspek yang hanya Frans telah mencabul lebih 305 kanak-kanak dan remaja sejak Disember tahun lalu.

Daripada sejumlah mangsa tersebut, sebanyak 17 orang telah dikenalpasti dan mereka berusia diantara 13 sehingga 17 tahun.

Sebelum melakukan penderaan seksual terhadap mangsa, Frans terlebih dahulu memperdaya dengan menawarkan pekerjaan sebagai model dimana beliau akan menjalan sesi fotografi di hotel yang lengkap seperti sebuah studio.

Data tersebut diperoleh polis melalui rakaman video di komputer riba milik wanganegara Perancis tersebut yang dipercayai telah menjalankan kegiatannya sejak Disember 2019 sehinggalah Febuari 2020.

Dari penangkapan tersbeut, polis berjaya merampas 21 kostum, sebuah komputer riba, 6 kad memori, 2 alat bantuan seks dan 20 kondom di sebuah hotel.

Yang lebih mengejutkan semasa penangkapan tersebut, Frans bersama 2 orang remaja bawah umur dalam keadaan tidak berbaju disebuah hotel di Indonesia.

Berikut merupakan fakta kes penangkapan Frans:

1. Mangsa adalah kanak-kanak jalanan

Untuk memuaskan nafsu beliau, Frans sasar remaja yang sering berada di jalanan di sekitar Jakarta. Menurut Ketua Komisioner Polis Metro Jaya, Yursi Yunus ” Dia berkomunukasi menggunakan bahasa Indonesia walaupun tidak lancar”.

2. Memujuk mangsa

Untuk kelihatan seperti jurugambar, Frans sering membawa kamera profesional untuk mendekati mangsa. Walau bagaimanapun, dia tidak membawa untuk mengadakan sesi fotografi semasa pertama kali berjumpa. Tetapi Frans memberikan wang tunai sebagai umpan untuk berjumpa kembali dan menggoda mangsa untuk datang ke hotel.

3. Tawar menjadi model

Frans memperdaya mangsa untuk menjadi model. Dia juga menyewa hotel yang diubah menjadi studio dan mejalankan sesi fotografi sebelum mengoda mangsa untuk memuaskan nafsunya.

4. Keganasan ke atas mangsa

Pada mulanaya Frans kelihatan beaik tetapi dia tidak teragak-agak untuk memukul dan menendang mangsa jika tidak mahu melakukan hubungan intim.

5. Beri ganti rugi berbentuk wang

Frans akan memberikan ganti rugi diantara Rp 200 ribu sehingga Rp 1 juta selepas mangsa memuaskan nafsunya.

6. Merakam aksi seksual bersama mangsa

Frans didapati memasang kamera tersembunyi di hotel untuk merakam penganiayaan dia terhadap mangsa bawah umur tersebut. Dia juga menyimpan koleksi video bersama semua mangsanya dalam komputer riba.

8. Hukuman mati

Tindakannya telah mencetuskan kemarahan warga Indonesia. Dia telah dijatuhkan hukuman melalui akta perlindungan kanak-kanak dimana hukuman mati atau penjara lebih 10 tahun atau seumur hidup akan ditentukan nanti.

Sumber: Tribunnews

The post Lelaki 65 Tahun Warga Perancis Ditahan Di Indonesia, Didakwa Cabul Lebih 305 Budak Bawah Umur appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.