Ads Top

13 Fakta Menarik Tentang Hagia Sophia

Siapa yang tidak kenal dengan bangunan gah yang terletak di Turki ini. Rata-rata yang berkunjung ke Turki sebolehnya pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat ke bangunan Hagia Sophia dan merakam kenangan di sana.

Semalam dunia dikejutkan dengan berita bahawa Hagia Sophia akan kembali ditukar fungsinya menjadi sebuah masjid oleh Kerajaan Turki. Hagia Sophia mempunyai sejarah yang panjang. Ini 13 fakta menarik mengenainya yang perlu anda tahu.

#1– Dikenali dengan nama Hagia Sophia atau Aya Sophia (Turki).

#2– Pertama kali dibina pada tahun 360 Masihi, ketika itu Istanbul masih dipanggil Constantinople. Bumbungnya adalah daripada kayu.

#3– Terbakar pada tahun 404 Masihi saat rusuhan terjadi dalam kalangan pemerintah.

#4– Dibaiki dan dibina semula dan siap pada tahun 415 Masihi.

#5– 100 tahun selepas itu, ia sekali lagi terbakar apabila ‘Pemberontakan Nika’ berlaku terhadap Maharaja Justinian I, yang memerintah dari tahun 527 hingga 565 Masihi.

#6– Kerana kerosakan terlalu teruk, Hagia Sophia dirobohkan pada tahun 532 Masihi dan dibina semula sebagai bangunan yang sangat gah yang siap pada tahun 537 Masihi oleh Maharaja Justinian.

#7– Beberapa bahagian kubah pernah runtuh akibat gempa bumi dan dibaiki semula.

#8– Untuk membina gereja yang gah, Maharaja Justinian mengarahkan kawasan jajahan takluknya menghantar bahan-bahan binaan, antaranya dari Anatolia, Syria dan Utara Afrika malah termasuk Mesir.

#9– Menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun.

#10– Ditukar menjadi masjid pada tahun 1453 apabila Kerajaan Constantinople jatuh kepada penguasaan Uthmaniyyah – loceng dan barang-barang berunsurkan agama Kristian dibuang dan digantikan dengan mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan.

#11– Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di bahagian tengah bangunan dengan diameter 31.87 meter dan tinggi 55.60 meter dari lantai. Dinding dalam dilitupi marmar, mozek, emas dan lain-lain.

#12– Berfungsi sebagai masjid sehingga 500 tahun sebelum Kerajaan Republik Turki menguasai dan telah menjadikannya muzium bermula tahun 1935.

#13– Ditukar kembali menjadi masjid pada tahun 2020 oleh Kerajaan Turki di bawah pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Rujukan:
History.com
Hagia Sophia




No comments:

Powered by Blogger.