Ads Top

Umat Islam Disaran Menangguhkan Rancangan Menunaikan Haji

Kerajaan Arab Saudi setakat ini melaporkan lebih daripada 1500 kes COVID-19 dengan 10 kematian telah melanda mereka.

Berikutan daripada itu, mereka meminta kepada semua umat Islam untuk menangguhkan dahulu sebarang rancangan dan juga persiapan menunaikan haji dan umrah sebelum perkembangan mengenai COVID-19 mendapat kepastian sepenuhnya.

Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten berkata, Arab Saudi sedia menerima jemaah haji dan umrah, namun dalam keadaan dunia yang sedang berdepan dengan wabak pandemik ini, kerajaan akan mengambil keputusan yang boleh melindungi kesihatan semua umat Islam.

Kerajaan akan mengambil langkah yang betul dalam usaha untuk menjaga kemaslahatan semua. Walaupun haji dan umrah merupakan sumber pendapatan terbesar negara itu, namun dalam menghadapi musim wabak ini, semua perlu bersiap-sedia dengan segala kemungkinan.

Arab Saudi juga dilaporkan menghentikan penerbangan antarabangsa dan menyekat semua pergerakan keluar masuk ke beberapa bandar seperti Mekah, Madinah dan juga Riyadh.

Sebelumnya, Kerajaan Arab Saudi telah menghalang kemasukan jemaah umrah akibat penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Haji yang dijangka akan bermula pada akhir bulan Julai itu masih berada dalam keadaan samar-samar. Keputusan itu akan dibuat dengan melihat kepada perkembangan semasa ekoran wabak COVID-19. Sama-samalah kita mendoakan agar keputusan yang dilakukan itu adalah yang terbaik.




No comments:

Powered by Blogger.