Ads Top

Kemasukan Ke IPT Ditangguh Sehingga Julai Dan September 2021 – Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan tarikh kemasukan baharu pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini ditangguhkan sehingga Julai dan September 2021. (Rujuk minit video 5:55)

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin, menerusi siaran langsung sebentar tadi.

Keputusan ini dibuat berikutan penundaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada suku pertama tahun 2021.

Baca: SPM Dan SVM Ditunda Hingga Suku Pertama Tahun 2021 – Menteri Pendidikan

Jelas Dr Radzi, bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma ditangguhkan sehingga Julai atau Ogos 2021.

Manakala, bagi program ijazah pada September atau Oktober 2021.

Sumber: Sidang Media Menteri Pendidikan, Bernama

The post Kemasukan Ke IPT Ditangguh Sehingga Julai Dan September 2021 – Menteri Pendidikan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.