Nabila Huda Persoal Ibu Akish Paksa Anaknya Bekerja Ketika Sakit?
Beberapa hari ini dunia hiburan tempatan dihangatkan dengan kisah pelakon kanak-kanak berbakat besar, Puteri Balqis yang kini hidup dalam serba kekurangan sejak disahkan menghidap penyakit sejak dua tahun lalu.
Kisah Puteri Balqis, 13, atau lebih mesra dipanggil Akish mula mendapat perhatian selepas rakaman video rancangan Bersamamu membawa penonton mendekati kehidupannya kini yang terpaksa menjual buku puisi tulisannya di sekitar Kuala Lumpur bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, pelakon cilik ini terpaksa menggagahkan diri demi mendapatkan sesuap nasi dan menampung kehidupan hariannya bersama ibu tercinta.

Namun begitu, beberapa siri twit yang ditulis Nabila Huda ini mendapat perhatian netizen kerana didakwa ditujukan kepada ibu bapa Akish.
Walaupun tidak menyatakan secara jelas tentang siapa status itu ditujukan, rata-rata netizen percaya twit Nabila itu adalah berkaitan dengan isu yang membelenggu pelakon cilik tersebut.

“Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada kanser dibiarkan berjalan satu KL untuk sara hidup sedangkan ibu bapa dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna? Kenapa seorang budak kena ikat perut, sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan untuk berjalan dan bercakap dengan sempurna?
“Sanggupkah anda membiarkan seorang budak menghidap kanser untuk berjalan satu KL untuk cari rezeki, pernah ikat perut tiga hari sedangkan diri ini sempurna mempunyai kaki dan tangan untuk bergerak? Sanggupkah anda?,” tulis Nabila.
Kisah hidup Akish yang bak putaran roda menyentuh hati rakyat Malaysia bilamana dia kini sudah tidak lagi bersekolah dan terpaksa menyara hidup dengan menjual buku koleksi nukilannya sendiri. – KopiPlanet.com
The post Nabila Huda Persoal Ibu Akish Paksa Anaknya Bekerja Ketika Sakit? appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: