Ads Top

Parasite Cipta Sejarah, Tercalon 6 Kategori Anugerah Oscar

Adakah filem Parasite bakal mencipta sejarah filem pertama dari Korea Selatan yang memenangi trofi anugerah berprestij, Anugerah Oscar?

Selepas mencipta kejayaan memenangi Filem Asing Terbaik Golden Globes minggu lalu, filem arahan Bong Joon Ho ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya tercalon dalam enam kategori Anugerah Oscar yang akan diadakan pada 6 Februari ini.

Parasite tercalon untuk Best Picture, Best Directing, Best Film Editing, Best International Feature Film, Best Production Design dan Best Original Screenplay. Filem itu bersaing dengan naskhah-naskhah hebat seperti Joker, Marriage Story, 1917 dan The Irishman.

Walaupun sebelum ini beberapa filem Korea berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Oscar namun rezeki tidak berpihak kepada mereka dan filem pertama Korea yang tercalon dalam Oscar ialah Mother and a Guest yang diterbitkan pada 1963.

Ramai pihak meramalkan Parasite mampu untuk menggondol salah satu trofi daripada enam pencalonan mereka. – KopiPlanet.com

The post Parasite Cipta Sejarah, Tercalon 6 Kategori Anugerah Oscar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.