Lakonan Berkesan Dalam Camelia, Netizen Sampai Nak Tampar Ain Edruce
Disebabkan lakonannya yang terlalu bersahaja dan berkesan sebagai Marina dalam drama bersiri Camelia, pelakon dan pengacara Ain Edruce menerima kecaman daripada netizen yang ‘bengang’ dengan wataknya itu.
Menerusi drama itu, Ain memainkan watak antagonis bernama Marina yang sering cemburu dengan kakaknya, Maryam lakonan Datin Diana Danielle.
Walaupun lebih menyerlah sebagai seorang hos dan pengacara, namun tahap penghayatan watak yang diberikan Ain, 29, mendapat pujian ramai. Tak kurang juga ada yang mahu menampar Ain gara-gara lakonannya sebagai Marina yang sanggup menabur fitnah terhadap ibu bapanya sendiri dalam drama tersebut.

Malah, Ain juga rajin mengulang kicau (twit) semula komen-komen yang diberikan netizen menerusi laman Twitternya.
Selain Ain dan Diana, Camelia yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 turut membariskan Saharul Ridzwan, Hafiz Roshdi, Lisdawati dan Zarina Zainuddin. – KopiPlanet.com
The post Lakonan Berkesan Dalam Camelia, Netizen Sampai Nak Tampar Ain Edruce appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: