Ads Top

(Video) Lain Dari Yang Lain, Rakaman Fenomena Dipercayai Puting Beliung Berwarna Pink Jadi Viral

Puting beliung adalah suatu fenomena alam yang kebiasaannya banyak berlaku di luar negara. Umum telah mengetahui bahawa puting beliung ini boleh membawa kemusnahan pada setiap apa yang disentuhnya.

Secara fizikalnya, puting beliung ini adalah suatu bentuk pusaran angin bergerak yang kebiasaannya berpusar dengan kelajuan lebih dari 60 hingga 90km/jam.

Kebiasaan puting beliung yang kita ketahui berwarna putih, hitam dan kelabu mengikut faktor langit pada ketika itu. Namun dalam satu video puting beliung yang tular baru-baru ini telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen di media sosial.

Fenomena puting beliung bukanlah sesuatu yang asing lagi. Namun apa yang luar biasanya terdapat dalam rakaman tersebut adalah puting beliung tersebut dikatakan berwarna ‘pink’.

Video yang berdurasi selama 56 saat itu dipercayai telah dirakam di Penggerang, Johor berdasarkan kapsyen yang dimuat naik bersama-sama dengan video tersebut oleh seorang lelaki yang sedang memandu kereta.

Fenomena puting beliung ‘pink’ itu kemudiannya tular di media sosial sehingga menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai warna puting beliung tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh kejadian tersebut berlaku dan tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

Sumber: Geng Viral Johor




No comments:

Powered by Blogger.