Ads Top

Lagi Kes Buka Pintu Kereta Tengah Jalan, Viral Video Abang ‘Moto’ Tercampak Atas Jalan Tak Sempat Mengelak

Dalam sekelip mata, kecuaian di atas jalan raya boleh menyebabkan kecelakaan sama ada kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada ketika menaiki kenderaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebelum ini, warga maya mengecam seorang wanita yang membuka pintu di tengah jalan raya sehingga menyebabkan penunggang motosikal kemalangan akibat terlanggar pintu kereta.

Kejadian yang serupa berulang lagi apabila seorang penumpang kereta dipercayaai kanak-kanak membuka pintu kereta dinaikinya secara tiba-tiba serta mengakibatkan seorang penunggang motosikal terlanggar pintu tersebut dan tersungkur ke tepi jalan.

Dalam video berdurasi 25 saat itu, mangsa yang tercampak daripada motosikalnya masih mampu bangun dan mengangkat motosikalnya sebelum dihampiri oleh seorang lelaki lain yang tampil membantu.

Walaubagaimanapun, tahap kecederaan mangsa dan lokasi kejadian tidak diketahui.

Lantaran itu, warga maya telah meninggalkan respon mengenai kejadian berkenaan.

Didikan bermula dari rumah

“Kalau nak turunkan penumpang, ke tepi dan beri signal..”

Sementara itu, terdapat netizen yang menyuarakan kerisauan melihat seorang lelaki membawa dua kanak-kanak perempuan menaiki motosikal tanpa memakai helmet.

Hati-hati di jalan raya. Moga kita terlindung dari kecuaian orang lain dan orang lain terlindung dari kecuaian kita.

Sumber: Sukan Star TV




No comments:

Powered by Blogger.