Ads Top

(Video)Bawa Laju Di Laluan Kecemasan Sampai Rempuh Motor Depan, Pemandu ‘Superbike’ Dikecam

Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari atas beberapa beberapa faktor. Antaranya sikap diri dan cuai ketika pemanduan.

Melalui satu perkongsian di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, satu kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal berlaku di lorong kecemasan dipercayai di Lebuhraya NKVE lewat petang semalam. Melalui rakaman dashcam tersebut, sebuah motosikal dilihat merempuh motosikal di hadapannya menyebabkan mereka terseret beberapa meter ke hadapan.

Motosikal di bahagian hadapan dilihat terlebih dahulu memperlahankan kenderaannya dengan menekan brek sebelum dirempuh oleh motosikal lain yang meluru laju di laluan yang sama.

Keadaan kedua-dua mangsa kemalangan tidak dapat dikenal pasti. Rata-rata warganet yang melihat rakaman tersebut kebanyakannya menyalahkan penunggang yang menaiki motosikal berkuasa tinggi kerana menunggang dengan laju di laluan kecemasan.

“Memang motor besar tapi bukanlah bermakna sentiasa kena laju. Yang tidak bersalah kena bersama-sama”

“Kau dah kenapa, takleh agak ke jarak moto depan tu.. dah semakin dekat.. slowkan total minyak”

“Motor besar tu bingai.. Ada 5 lorong kot jalan tu.. dah kenapa nak jugak follow belakang moto kapcai”

“Laju je moto besar ni kan..moto kecik bawak biasa pun ko nak sondol gak”

“Orang nak pakai Superbike, ko pun bernafsu nak pakai jugak. Walhal skill ke laut lagi”

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS




No comments:

Powered by Blogger.