Ads Top

(Video) Dilempang, Di Sepak Tanpa Kasihan, Polis Buru Individu Dalam Video

Dua hari ini tular satu video yang memaparkan beberapa orang yang remaja yang dipercayai merupakan pelajar sekolah menengah ditampar dan ditendang oleh seorang pelajar senior.

Justeru, pihak Polis Diraja Malaysia sebentar tadi ada memuatnaik hantaran di laman Facebook mereka meminta orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian terbabit.

Bantuan Mendapatkan Maklumat Daripada Orang Ramai Untuk Membantu Siasatan Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu (1) video tular berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang remaja lelaki sedang melakukan kekerasan terhadap sekumpulan remaja lelaki lain dalam sebuah bilik.

Video tular tersebut mula dimuat naik pada 24 September lalu menerusi sebuah laman Facebook. Namun lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, bolehlah menyalurkannya ke:

1. Inbox Facebook Rasmi PDRM: https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/ atau;

2. Twitter Rasmi PDRM: https://twitter.com/PDRMsia atau;

3. Whatsapp Jabatan Siasatan Jenayah di talian: 019-3019930 atau;

4. Tampil membuat laporan di mana-mana balai polis yang berhampiran.

(DATO’ ASMAWATI BT. AHMAD) SAC
Ketua Komunikasi Korporat PDRMUrus Setia KPN
Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman

Sumber: Polis Diraja Malaysia




No comments:

Powered by Blogger.