Ads Top

Tak Nak Bayar Ganti Rugi Pecahkan Skrin iPhone, 2 Wanita Rogol Remaja Lelaki Guna Patung Seks

Dua wanita ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki yang berusia 19 tahun selepas dituduh memecahkan skrin depan telefonnya di Rusia.

Dua wanita yang berusia 22 tahun dan 32 tahun didakwa mengikat dan merogol lelaki tersebut mengunakan permainan seks.

Menurut polis, suspek terbabit dalam serangan Bugulma salah sebuah daerah di Tatarstan serta menggugut untuk sebarkan di media sosial. Suspek menjemput mangsa ke kediaman untuk membaiki telefonnya.

Dua suspek tersebut telah menuduh mangsa yang memecahkan skrin telefon dan menuntut untuk membayar 3,000 rubles bersamaan RM 200.

“Mangsa enggan membayar dan suspek bertindak memukul dan merogol mangsa menggunakan patung seks,” kata laporan.

Bagaimanapun, tindakan mangsa kononnya akan pergi mengambil wang yang dituntut tersebut kemudiannya terus pergi membuat laporan polis berdekatan dengan tempat kejadian.

Pegawai polis telah menjumpai sebuah video penderaan seksual ke atas mangsa sebagai bukti kukuh untuk menahanan suspek.

Kedua-dua wanita tersebut dipenjara selama 10 tahun jika disabitkan kesalahan menyerang dan merogol mangsa.

Sumber: Dailymail




No comments:

Powered by Blogger.