Ads Top

Hael Husaini Kecewa Kewujudan #AJHael, Beli Kek Lumut Penerbit AJL Jadi Bahan Sindiran

Penyanyi dan komposer popular Hael Husaini mengakui agak rasa kecewa dengan kewujudan #AJHael oleh netizen serta menjadi bahan sindiran terhadap tuduhan membeli kek lumut penerbit Muzik-Muzik agar tiga lagunya layak bersaing di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35).

Hael berkata, setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada penilaian juri dan beranggapan bahawa ia adalah rezeki apabila tiga lagunya layak.

“Secara jujurnya saya rasa agak kecewa dengan kenyataan itu, walaupun saya hanya dengar daripada beberapa pihak. Bagi saya, apa yang saya lakukan adalah untuk support bisnes kawan-kawan dan tak elok untuk kita bercakap dalam zaman sekarang ini apabila bisnes diperkotakkatikan.

“Saya rasa itu adalah sesuatu yang tidak adil. Saya beli kerana anak saya memang suka dengan kek berkenaan. Kalau rasa saya berjaya kerana beli kek itu, tolonglah support bisnes kek hijau (lumut), dan semoga anda semua dapat masuk Anugerah Juara Lagu,” luahnya.

Hael berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu Lara yang berlangsung semalam.

Lagu Lara buat kali pertama menggandingkan tiga orang penyanyi popular iaitu Hael, Naim Daniel dan Haqiem Rusli.

Ujar Hael, perkara-perkara sebegitu yang ditimbulkan netizen adalah sesuatu yang tidak akal sama sekali.

Sebelum ini, ramai yang tidak berpuas hati apabila tiga buah lagu Hael layak ke pentas AJL 35, termasuk lagu Hati yang dianggap netizen bahawa ada lagu lain yang lebih layak berbanding lagu berkenaan.

Dalam pada itu, mengenai lagu Peluang Kedua pula Hael menyatakan dia tetap mahu Nabila Razali untuk menyanyikannya di AJL 35 yang akan berlangsung pada Februari tahun hadapan.

“Saya dapat rasakan yang Nabila akan menyanyikan lagu itu. Lagipun apa yang saya tahu keadaannya juga kini sudah semakin pulih,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Hael Husaini

The post Hael Husaini Kecewa Kewujudan #AJHael, Beli Kek Lumut Penerbit AJL Jadi Bahan Sindiran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.