Ads Top

Setelah Dua Kali Tertunda, Jennifer Lopez Seperti Mahu Batalkan Pernikahan

Baru-baru ini penyanyi Jennifer Lopez telah membicarakan perkara mengenai perancangan pernikahan bersama tunangnya, Alex Rodriguez setelah dua kali tertunda akibat Covid-19.

Menjadi tetamu undangan dalam rancangan radio Andy Cohen, penyanyi itu sempat ditanya sama ada dia dan tunangnya mahu membatalkan sahaja pernikahan dan terus menjalin hubungan seperti biasa seperti pasangan Goldie Hawn dan Kurt Russell yang tidak berkahwin sejak tahun 1983.

“Kami sudah membincangkan mengenai perkara ini. Maksud saya, pada usia sekarang ini dan kami berdua pernah berkahwin, apakah ertinya buat kami sekiranya kami berkahwin?

“Ia hanya seperti mahu memenuhi keinginan peribadi dan rasanya ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa,” ujar penyanyi berusia 51 tahun itu.

Sebelum ini, pasangan berkenaan sepatutnya melangsungkan perkahwinan di Itali pada bulan Jun lalu, namun ia tidak terlaksana kerana kes Covid-19 yang teruk melanda ketika itu.

Menurut Jennifer, dia dan Alex cuba untuk merancang berkahwin pada hujung tahun ini. Namun, ia dilihat seperti masih belum lagi boleh dilaksanakan.

“Berkenaan kisah seperti Kurt dan Goldie, ia membuatkan kami berhenti sejenak dan memikirkannya sama ada ia wajar atau sebaliknya. Jika situasi yang sama terjadi pada kami, maka ia akan tetap terjadi,” jelasnya.

Penyanyi berkenaan pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali iaitu berama Ojani Noa (1997-1998), Cris Judd (2001-2003) dan Marc Anthony (2004-2014) serta mendapat sepasang anak kembar iaitu Maximilian David dan Emme Maribel yang kini berusia 12 tahun.

Sementara Alex pula pernah berkahwin dengan Cynthia Scurtis (2002-2008) dan memiliki dua anak perempuan iaitu Natasha, 16 dan Ella Alexander, 12. – KopiPlanet.com

The post Setelah Dua Kali Tertunda, Jennifer Lopez Seperti Mahu Batalkan Pernikahan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.