Ads Top

Menyingkap Usaha Aziza Othmana Membantu Urusan Perkahwinan Gadis Pada Zamannya

Wanita memainkan peranan yang sangat penting sebagai salah satu tulang belakang dan srikandi Islam. Malah, sehingga kini kita melihat wanita sebagai figura yang boleh melakukan apa sahaja berbanding wanita zaman dahulu yang lebih ramai duduk di rumah menguruskan hal ehwal keluarga.

Masyarakat jahiliah menganggap bahawa anak perempuan yang dilahirkan pada zaman mereka sebagai hal yang membebankan dan tidak akan mendatangkan tuah kepada keluarga malah dikatakan boleh menjatuhkan maruah keluarga tersebut. Disebabkan itu, adat dan tradisi pada zaman jahiliah akan menanam bayi perempuan hidup-hidup.

Apabila kedatangan Islam, Rasulullah SAW telah mengangkat taraf dan darjat wanita ke tempat yang tinggi dan disanjung dengan tidak lagi ditanam hidup-hidup.

Malah, kemajuan dan kehidupan wanita semakin berkembang sehingga kini sesuai dengan peredaran masa. Wanita boleh melaksanakan kerja rumah dengan cekap dalam masa yang sama mampu mencapai cita-cita setinggi langit.

Salah seorang tokoh wanita Islam yang mampu memberi inspirasi kepada kita semua ialah Aziza Othmana. Beliau merupakan salah seorang wanita Islam yang terkenal melalui kerja-kerja amal dan kejayaan yang dicapainya.

Aziza dilahirkan di Tunisia dalam keturunan sultan, namun tiada tarikh tepat yang telah dicatat mengenai kelahirannya. Beliau ialah anak kepada Abul Abbas Al-Ahmad Ibn Mohammed dan telah membesar di istana datuknya.
Latar pendidikannya pula adalah dalam bidang Ilmu Islam, Syariah dan juga Al-Quran.

Setelah beliau meningkat dewasa, beliau mula membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan menyertai badan amal. Beliau juga dikatakan telah menggunakan sebahagian hartanya untuk membebaskan golongan hamba dan telah menderma lebih daripada 90 000 hektar tanah.

Antara sumbangan terbesar beliau ialah penglibatannya dalam membina hospital Bimaristan di Tunisia dan kini ia diberi nama sebagai Hospital Aziza Othmana.

Beliau juga telah membantu golongan wanita yang kurang berkemampuan untuk melangsungkan perkahwinan dengan menanggung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka.

Berdasarkan maklumat daripada ahli sejarah, beliau dikatakan telah meninggal pada tahun 1080 Hijrah dan dimakamkan di Al-Halqaat Naal, iaitu sebuah kawasan perkuburan di Tunisia.

Membantulah Sekadar Yang Termampu

Aziza dikatakan sebagai salah seorang yang sentiasa menyalurkan hartanya kepada mereka yang memerlukan. Baginya, rezeki yang ada merupakan rezeki bersama yang perlu dikongsi.

Beliau terinspirasi untuk membantu golongan wanita yang kurang berkemampuan daripada melaksanakan perkahwinan kerana melihat taraf sosial dan ekonomi yang sangat sukar pada waktu itu.

Oleh yang demikian, beliau dikatakan telah menyumbangkan hartanya kepada badan amal bagi membolehkan mereka yang ingin berkahwin untuk mendapatkannya.

Kita tidak perlu menunggu sehingga kaya seperti Aziza Othmana untuk membantu, namun kita boleh menghulurkan bantuan sekadar yang mampu.

Mampu itu bukan sahaja dari sudut wang ringgit, namun tenaga dan juga masa yang ada.

Kita lihat, hari ini ramai yang menghulurkan bantuan dengan menyertai sukarelawan seperti Heliza Helmi dan juga golongan pempengaruh (influencer) lain.

Hal ini kerana, cukuplah anda mempunyai hati dan jiwa yang besar untuk membantu, pasti perjalanan anda akan dibantu olehNya.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Kajian Wanita Tunisia




No comments:

Powered by Blogger.