Ads Top

Kenapa Hidup Anda Terasa Bosan?

Bosan boleh diertikan sebagai perasaan tidak suka atau tidak gemar akan sesuatu perkara. Dalam kata lain bermakna jemu.

Kehidupan yang membosankan menyebabkan seseorang itu tidak ceria dan gembira. Apabila melakukan sesuatu pekerjaan merasa tidak seronok dan menyenangkan.

Dalam artikel ini akan menyenaraikan dan berkongsi beberapa sebab dan punca seseorang itu menjadi bosan dan jemu.

Terselit juga tips dan cadangan untuk menangani kebosanan. Apabila kita tahu puncanya dan caranya, Inshaa Allah kita boleh perbaiki dan merawat perasaan bosan yang dialami.

Punca Terjadinya Perasaan Bosan

#1- Tidak Ada Tujuan Hidup

Kehidupan yang tidak ada arah tuju akan menyebabkan kehidupan seseorang itu terumbang-ambing. Segala yang dilakukan tidak ada tujuan yang pasti.

Hidup kita perlu meletakkan sasaran dan tujuan. Jangan sekadar melakukan hanya untuk suka-suka. Akhirnya ia akan menyebabkan kebosanan dalam diri.

Dalam Islam juga mengajar kita supaya tidak mensia-siakan kehidupan dan harus mempunyai tujuan hidup. Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”Surah Al-Mu’minun 23:115

Tujuan hidup kita di dunia adalah untuk menjadi hamba dan khalifah kepada Allah S.W.T. Buatlah perkara yang mengundang reda Allah. Inshaa Allah, hidup tidak berasa bosan apabila bersama dengan reda Allah S.W.T.

#2- Membuat Pekerjaan Yang Sama

Benar, kadang-kadang kerja yang sama menimbulkan kebosanan. Namun, kerja perlu diteruskan disebabkan ia menjadikan sumber pendapatan.

Hilangnya minat kepada sesuatu kerja yang dibuat menghasilkan perasaan bosan yang mencengkam diri. Akibatnya, pekerjaan itu menjadi tidak produktif dan berkualiti.

Carilah masa untuk berehat dan bercuti. Tenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti yang disukai. Inshaa Allah, ia sedikit sebanyak dapat mengubati kebosanan.

Selain itu, cubalah menukar suasana dalam pekerjaan kita. Bagaimana? Letakkan gambar pemandangan alam yang cantik di atas meja dan kemas tempat yang berselerak.

Timbulkan semangat dan minat dalam melakukan kerja. Buatlah dengan satu keazaman yang baru. Jika penat dan lenguh badan buatlah senaman ringan dan rehat seketika.

#3- Berada Di Tempat Yang Sama

Punca ini juga ada persamaan dengan punca yang di atas. Tempat yang sama membuatkan kita jemu dan bosan.

Berubahlah kepada posisi dan tempat yang lain dan berbeza pula. Jangan hanya tertumpu pada satu kawasan dan satu tempat sahaja.

Contohnya, kita berada lama di dalam bilik tidur. Ayuh, ubah ke ruang tamu pula. Jangan berada di dalam bilik tidur sahaja. Ubah ke sisi yang lain.

Perubahan itu akan dapat mengubati perasaan bosan. Buatlah kelainan dan aktiviti yang berbeza daripada selalu dilakukan.

#4- Takut Akan Kegagalan

Takut gagal menyebabkan kebosanan. Bagaimana boleh berlaku? Kita harus tahu bahawa kegagalan tidak pernah lari dalam hidup kita. Untuk berjaya perlu menempuhi kegagalan.

Apabila kegagalan yang ditakuti, kita berada di satu tahap yang sama sahaja. Tidak mahu berusaha dan tidak mahu bertindak.

Jika kita hanya mahukan kejayaan tanpa menempuhi dahulu kegagalan, ia adalah mustahil. Oleh itu, takut kegagalan bukan satu cara fikir yang betul.

Takut akan kegagalan membuatkan kehidupan kita terbantut dan tidak maju. Apabila kehidupan hanya sekadar hidup, ia hanya menjadikan hidup kita terasa bosan sahaja.

Tips Merawat Bosan

Ini adalah antara tips yang dapat menghilangkan kebosanan anda;

#1- Lakukan Aktiviti Yang Disukai

Lakukan aktiviti yang menarik minat anda seperti melukis, membaca buku, memasak, shopping dan travel.

#2- Lihat Pemandangan Alam

Rehatkan mata dengan melihat pemandangan alam ciptaan Allah swt. Melihat awan, bintang, pokok dan lain-lain.

#3- Lakukan Pengembaraan

Bercutilah ke tempat-tempat menarik. Lakukan pengembaraan yang akan memberi pengalaman indah dalam kehidupan kita.

#4- Belajar Perkara Baru

Cuba cari kursus atau belajar perkara baru seperti mempelajari Bahasa Cina, Korea, belajar memasak atau pelbagai lagi. Belajar di luar bidang kita juga boleh menimbulkan keseronokkan.

Kesimpulan

Perasaan bosan adalah satu perasaan yang pasti dirasai setiap manusia. Begitulah sifat dunia. Walau seindah mata memandang, ia tetap dunia bukan syurga. Dunia tidak akan sama dengan syurga. Kerana kedudukan syurga lebih tinggi daripada dunia. Itulah hakikatnya.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”Surah Ali-Imran 3:14

Waallahu a’lam.

Rujukan:
http://bit.ly/2Gnaq9p




No comments:

Powered by Blogger.