“Nasihat Dah, Tegur Pun Dah, Nak Apa Lagi, Nak Penampar?, Tindakan ‘Bikers’ Halang Lebuhraya Dikecam
Rakaman video viral menyaksikan tindakan konvoi penumpang motosikal menhalang lalu lintas di Lebuhraya Pantai Timur baru-baru ini.
Video tersebut menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal ‘memonopoli’ jalan raya di kedua-dua laluan utama lebuhraya.
Tindakan mereka membuatkan pemandu-pemandu kereta tidak berpuas hati dan memberikan hon.
ADUAN PENGGUNA LEBUHRAYA
Sekumpulan penunggang motorsikal berkonvoi secara bahaya sehingga menghalang laluan pengguna lebuhraya yg lain. Walaupun sudah dibunyikan hon beberapa kali, mereka ini masih berdegil dengan menunggang secara membahaya.
Tolong jangan jadi terlalu bebal, jangan kerana sikap anda orang lain@kawan and sendiri jadi mangsa. Kalau belakang konvoi tu lori trailer?
“Kasi sapu semua.” Tak pasal-pasal arwah. Nasihat dah, tegur pun dah. Nak apa lagi? Nak penampar?
Location : Lebuhraya Pantai Timur LPT1
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
The post “Nasihat Dah, Tegur Pun Dah, Nak Apa Lagi, Nak Penampar?, Tindakan ‘Bikers’ Halang Lebuhraya Dikecam appeared first on Siakap Keli.
No comments: