Ads Top

Hafiz Suip Bercium Dalam Muzik Video Kisah Cinta Kita?

Penyanyi Hafiz Suip yang dikenali sebagai Raja Lagu OST kini tampil dengan single terbaharunya yang berjudul, Kisah Cinta Kita. Lagu ini mula mendapat perhatian selepas ia dipilih sebagai lagu OST drama Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose.

Single ini merupakan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali manakala liriknya nukilan produser terkenal, Datuk A. Aida. Kisah Cinta Kita merupakan single pertama Hafiz di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music.

“Rata-rata peminat mempunyai terjemahan tersendiri dalam mendalami maksud sesebuah lagu itu. Apa yang kami cuba paparkan dalam muzik video rasmi Kisah Cinta Kita adalah penceritaan sebuah kisah cinta yang relevan dengan sesiapa pun,” kata Hafiz.

Tidak lengkap sesebuah lagu itu tidak disertakan sekali dengan muzik videonya. Berlanjutan daripada itu, penerbit Nova Music Sdn Bhd bakal melancarkan muzik video (MV) rasmi Kisah Cinta Kita yang diarahkan Khairul Hazwan.

Yang menariknya menerusi MV ini, Hafiz berani melakukan aksi daring bercumbu mesra dengan seorang wanita di tepian pantai Pulau Redang yang merupakan lokasi penggambaran bagi MV tersebut.

Nak tahu siapakah wanita tersebut sehinggakan Hafiz berani melakukan aksi sebegitu untuk tontonan umum, jangan lupa saksikan MV rasmi Kisah Cinta Kita yang akan dimuat naik menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula jam 8 malam ini. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.