Ads Top

Akhirnya Awi Rafael Tampil Dedahkan Punca Sebenar Dia Tak Jadi Kahwin Dengan Atikah Suhaime

Penyanyi Awi Rafael secara eksklusif mendedahkan kepada mStar punca sebenar pembatalan perkahwinannya dengan pelakon Atikah Suhaime.

Sebelum ini, Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael melalui Instagram mengumumkan membatalkan perkahwinan mereka tiga hari sebelum majlis akad nikah berlangsung Mac lalu.

Bagaimanapun isu menjadi semakin rumit apabila bapa Atikah pula mendedahkan keputusan pembatalan perkahwinan tersebut dibuat oleh pihaknya demi kabaikan Atikah sendiri.

Awi Rafael turut ditanya kenapa keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat 3 hari sebelum majlis berlangsung, dan kenapa tidak berbulan-bulan sebelum.

Menurut Awi, beliau sudah mencuba yang terbaik tetapi mungkin pada saat-saat akhir perbincangan lebih mendalam bersama pihak keluarga dan hasilnya adalah seperti yang diketahui umum. Mungkin berkawan adalah pilihan yang terbaik kata Awi.

Berikut adalah temubual penuh antara Awi Rafael dengan pihak wartawan

Wartawan: hampir sebulan selepas cerita yang mengejutkan kita berlaku, baru sekarang kita berpeluang untuk menemuramah Awi Rafael. Mungkin secara ringkas, mungkin Awi boleh kongsi apa sebenarnya yang berlaku?

Awi Rafael: Macam apa yang diketahui oleh semua, seperti yang Awi cakap di media memang Awi dengan Atikah tiada jodoh. Kita dah cuba yang terbaik, tapi Alhamdulillah Awi dengan Atikah tetap positif, peminat pun tetap okay dan kami mengambil pengajaran dari ini. Kadang-kadang kita hanya boleh merancang yang terbaik

Wartawan: Selepas beberapa hari mengumumkan batal perkahwinan, bapa Atikah Suhaimi ada menginggalkan berbunyi, “bukan Awi tapi saya yang batalkan demi kebaikan anak saya..”. Mana satu yang betul sebenarnya?

Awi Rafael: Tak bagi Awi kita sebagai anak dan sebagai yang lebih muda dalam benda-benda yang  harus kita beritahu kepada umum, saya harus tampil ke hadapan terlebih dahulu

Wartawan: Adakah Awi dapat melupakan begitu sahaja kisah percintaan yang dibina?

Awi Rafael: Saya rasa, kita kena bersikap jujur. Untuk kali ini Awi dah mengmbil ikhtiar, kita tawakkal untuk mencuba namun untuk pertama kalinya tak menjadi. Untuk Atikah sendiri Awi dah nasihat kita dah bersahabat dah lama sebelum kita tunang, jadi kita perlu fokus apa yang positif. Awi turut bangga dengan Atikah dia dah buat banyak benda dan dia tetap teruskan kerjaya dia dan Awi dengan kerjaya Awi.

Wartawan: Beberapa hari juga selepas itu, Atikah Suhaimi sendiri ada memuat naik satu video, antara perkara yang mungkin saya boleh agak apa yang Atikah cuba beritahadalah, ” berhenti kecam kesayangan saya”, iaitu kamu, Awi. Atikah masih menggunakan perkataan sayang.

Awi Rafael: Kita manusia kan, mungkin dia sayangkan Awi sebagai kawan dan Awi juga selalu ingatkan dia bahawa kerjaya lebih penting sekarang, kerana kita ingin mendengar kata ibu bapa jadi kita perlu dengar betul-betul dan buat yang terbaik, Insyaallah. Tapi Awi di sini turut mendoakan yang terbaik buat Atikah, ‘she’s a great girl’. Awi harap kawan-kawan akan memberikan peluang dan terus sokong karier Atikah.

Wartawan: Masih berhubung ( dengan Atikah) atau tidak, Awi?

Awi Rafael: Okay la kita kadang-kadang Whatsapp, tapi tidak terlalu rapat lah.

Wartawan: Tetapi secara tiba-tiba, perkara ini pasti menyakitkan Awi?

Awi Rafael: Kita lelaki, lelaki hati kena tabah..

Wartawan: Lelaki pun punya hati Awi

Awi Rafael: Of course maksud Awi, mungkin kerana Awi seorang karyawan, mungkin benda-benda ini nanti akan keluar karya Awi tetapi untuk sekarang kita harus kuat. Kalau Awi lemah, apatah lagi seorang semangat perempuan. Tapi Atikah kuat..

Lihat video penuh di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar via rimbabara

Kredit:OtakBulu




No comments:

Powered by Blogger.