Sudah Macam Macam Cara Dibuat Namun Mat Jat Masih Tidak Sembuh Sehingga Dikejarkan Ke Pusat Perubatan
Setiap manusia pasti akan merasai sakit. Sakit adalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya tidak kira bangsa, jantina, usia, pangkat dan kekayaan.
Usahawan dan pemilik rangkaian kosmetik NurSajat telah dimasukkan ke Hospital selepas mengalami sakit misteri.
Menerusi entri di Instagram (IG) berkongsi gambar ketika dia sedang berada di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat sakit misteri yang dialaminya itu.
“doakan terbaik buat bos saya nursajat…now dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri… kami dari team nursajat,mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit mesteri… (PA)” disampaikan oleh pembantu peribadinya.
Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya dia kembali pulih selepas menerima rawatan.
Namun, menerusi perkongsian tersebut mereka tidak mendedahkan punca sebenar Sajat dimasukkan ke hospital.
Marilah kita mendoakan agar Sajat kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital walaupun kita tahu dia tu macam mana, tetapi dia tetap manusia. Mana tahu selapas ini dia dapat hidayah.
Hikmah sakit, penghapus dosa
Sakit adalah musibah yang menimpa seseorang mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada hamba-hamba-Nya. Allah akan memberikan ujian dan musibah kerana tahu bahawa hamba-Nya seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi setiap cubaan.
Setiap mukmin berbeza ujian dan cubaan yang diberikan kepadanya. Allah mengetahui setiap kekuatan dan kelemahan hamba-Nya yang mampu bersabar dan menghadapi segala ujian.
Semua mukmin yang diberikan ujian hendaklah reda dan bersabar kerana sakit itu penghapus dosa. Apabila kita sakit, Allah SWT akan menarik empat nikmat yang diberikan.
Antaranya ialah segala yang kuat akan menjadi lemah, nikmat untuk merasai rasa enak makanan menjadi tawar, kegembiraan yang terpancar di wajah akan menjadi pucat lesi dan yang terakhir adalah dosa-dasa tertentu akan diampunkan Allah SWT.
Hikmah sesuatu penyakit amatlah besar. Apabila kita sebagai hamba diuji dengan sesuatu penyakit, hendaklah kita berusaha untuk berubat dan setelah itu kita haruslah bersabar dan reda dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup.
Zaman sekarang ibarat sudah tidak ada lagi agama dalam diri mereka. Mungkin mereka tidak bergantung sebaiknya dengan Allah sehingga sanggup untuk melakukan perkara yang dilarang apatah lagi haram dalam Islam.
No comments: