Empat Stokis Dapat Kereta Mewah Sempena Meeracle Glory Night 2018
Jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang terkemuka, MEERACLE baru-baru ini telah mengadakan majlis malam gala tahunan Meeracle Glory Night 2018 pada 23 Febuari lalu bertemakan Oscar.
Tujuan majlis berkenaan diadakan adalah untuk menghargai semua ejen MEERACLE dari seluruh Malaysia serta Singapura dan Brunei dengan majlis berlangsung dengan cukup meriah.
Pada majlis yang berlangsung itu juga, MEERACLE melancarkan produk kosmetik iaitu MEERACLE FACE. Dalam rangkaian MEERACLE FACE itu, terdapat bedak asas bernama MEERACLE LUSTRE GEMSTONE yang mempunyai tiga tona warna iaitu cerah,
kuning langsat dan sawo matang serta turut melancarkan penanggal mekap iaitu MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK.
Majlis malam itu dimulakan dengan ucapan daripada pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin dan sedikit ucapan ringkas dari duta MEERACLE, Zahirah MacWilson. Malah, Hael Husaini dan De Fam juga membuat persembahan pada majlis tersebut.
Pada tahun lepas, MEERACLE telah melancarkan kempen 7 bulan ‘Menjadi Dengan MEERACLE’, di mana ejen yang berjaya mencapai sasaran jualan dalam masa 7 bulan akan membawa pulang sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Untuk kempen yang berlangsung pada tahun lalu, seramai empat master stokis telah berjaya melepasi sasaran jualan dan MEERACLE telahpun memberikan ganjaran kepada mereka semasa majlis makan malam tersebut.
Master stokis yang berjaya membawa pulang kereta mewah berkenaan adalah Siti Azlina Md Halil, Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman, Masdiana Mohamadiah dan Nazariah Mohd Shah. – KopiPlanet.com
The post Empat Stokis Dapat Kereta Mewah Sempena Meeracle Glory Night 2018 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: