Ads Top

Senyumlah, Hidup Lebih Sihat, Gembira Dan Panjang Umur

Kegembiraan bukan sahaja menjadikan hidup lebih seronok tetapi boleh membawa kepada kesihatan yang lebih baik dan hidup lebih lama. Bagi memastikan kita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin, apa kata kita cuba belajar untuk lebih banyak senyum.

 

Langkah-Langkah Untuk Gembira

 

Apa yang perlu anda buat? Selama seminggu anda cuba fokus untuk memberi senyuman dengan lebih banyak. Anda akan membentuk satu cara untuk mengingatkan diri agar senyum sepanjang hari. Malah anda juga akan memaksa diri untuk senyum kerana kajian mendapati jika anda senyum, mood anda akan semakin baik.

 

Bagaimana ia boleh berjaya? Penyelidik mengatakan bahawa dengan memaksa diri untuk senyum, ada akan mengaktifkan set otot tertentu pada wajah. Set otot ini hampir disambung pada perasaan gembira. Dengan tersenyum, anda memberi isyarat kepada bahagian emosi dalam otak bahawa segala-galanya dalam keadaan baik.

Cara-Cara Untuk Lebih Banyak Memberikan Senyuman

 

Memberi senyuman adalah tindak balas semula jadi terhadap sesuatu yang kelakar, gembira atau menyeronokkan. Sebab itu anda tidak perlukan bantuan dengan tindak balas senyuman secara automatik.

 

Namun begitu dalam kehidupan seharian yang membosankan, anda perlu belajar untuk senyum kerana anda sudah pasti tidak akan tersenyum secara automatik.

 

Bagi mempelajari cara untuk tersenyum lebih banyak, anda perlu menjalani latihan seperti berikut;

 

Latihan Senyuman

 

Senyum. Buat dengan betul semasa anda membaca artikel ini. Senyum dengan ikhlas. Jangan sesekali buat senyuman palsu. Senyumlah seperti ketika anda berjumpa ahli keluarga yang telah lama tidak bertemu.

 

Sekarang, anda fikir pula mengenai sesuatu perkara yang tidak menggembirakan, tetapi anda tetap tersenyum. Adalah sukar untuk menyimpan perasaan tidak gembira atau fikiran negatif dalam minda dan pada masa yang sama memastikan senyuman tetap terpamer di wajah anda.

 

Senyuman boleh membantu meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan perkara negatif.

 

Berikan Diri Sendiri Penanda Untuk Tersenyum

 

Selepas anda berlatih untuk tersenyum dan faham serba sedikit bagaimana senyuman boleh memperbaik perasaan, apa yang perlu anda buat adalah sentiasa ingat untuk tersenyum sepanjang hari. Anda akan perlukan peringatan untuk kerap tersenyum.

 

Pilihlah sesuatu perkara yang anda dengar, lihat atau buat dengan kerap sepanjang hari sebagai penanda untuk  senyum. Cabar diri untuk tersenyum setiap kali anda terlihat atau terdengar penanda itu sepanjang minggu.

 

Kekal Motivasi

 

Mereka yang tersenyum sambil bercakap memberikan tanggapan yang lebih baik kerana mereka kelihatan lebih yakin dan lebih ramah. Anda juga seakan boleh ‘mendengar’ senyuman daripada perbualan telefon tersebut. Jika anda tersenyum sambil bercakap di telefon, suara anda akan lebih jelas dan anda mudah untuk melakukan perhubungan lebih baik melalui telefon.

 

Tip Untuk Lebih Banyak Senyum

 

1-Jangan kelihatan janggal. Pastikan senyuman anda itu asli dan ikhlas. Anda cuba untuk mengekalkan dan menaikkan mood. Walaupun senyuman yang sedikit pun mampu mengubah mood anda.

 

2-Senyum setiap kali anda memikirkannya. Bukan hanya apabila anda terjumpa atau terdengar penanda untuk senyum.

 

3-Fikirkan sesuatu yang anda suka apabila anda senyum. Ia akan memastikan senyuman anda itu ikhlas.

 

4-Tarik nafas panjang apabila anda senyum. Cara ini akan membantu anda mengurangkan sebarang tekanan yang anda alami dan memberikan anda masa untuk menikmati senyuman itu. Tarik nafas dengan mendalam mampu menaikkan mood sekali gus menambah kuasa untuk tersenyum.

 

5-Simpan nota dan peringatan ini sepanjang hidup anda untuk mengingatkan anda agar lebih banyak memberi senyuman. Letak nota ini dalam telefon, hantar e-mel nota ini pada diri anda, atau jadikan ia nota dalam kalendar anda. Pastikan anda mempunyai banyak peringatan untuk lebih kerap tersenyum. Akhirnya suka tersenyum ini akan menjadi tabiat anda.

The post Senyumlah, Hidup Lebih Sihat, Gembira Dan Panjang Umur appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.