Lapan Tahun Menghilang, Irene Catalina Bakal Muncul Dengan Single Baharu Mahu Apa Lagi
Lapan tahun menyepikan diri buat seketika dari dunia nyanyian, penyanyi dan usahawan Irene Catalina bakal membuat ‘comeback’ dengan single baharu Mahu Apa Lagi.
Irene berkata, sepanjang lapan tahun tidak aktif menyanyi, Irene memberitahu dia lebih menumpukan kepada perniagaan pengurusan acara.
“Pada tahun 2017 saya pernah muncul dengan single Ajari Aku. Namun, saya pernah ditipu sebanyak RM20,000 oleh seorang individu yang mahu melakukan kerja-kerja promosi.
“Memang apa yang berlaku menjadi pengajaran buat diri saya dan kini saya baru mempunyai keyakinan untuk muncul semula dengan single baharu,” ujarnya.
Bercerita lebib lanjut mengenai Mahu Apa Lagi, Irene berkata lagu tersebut mendapat sentuhan komposer muda iait Bendy Teoh dan akan dilancarkan pada penghujung bulan ini.
Ujar penyanyi yang sudah mencecah usia 47 tahun itu, single berkenaan adalah bergenre pop dance yang ternyata memperlihatkan sisi dirinya yang lebih moden dan segar.
“Kalau dalam single sebelum ini, semuanya saya lakukan sendiri hingga mengupah individu lain untuk kerja promosi sehingga ditipu.
“Jadi, untuk kemunculan semula ini saya mempunyai pasukan pengurusan sendiri yang akan menguruskan segala kerjaya termasuk merangka strategi promosi,” ujarnya.
Selain bergerak solo dalam kerjaya seni suara, Irene juga pernah bergiat aktif sebagai penyanyi bersama kumpulan Angels sekitar tahun 2003 dengan sebuah album berjudul Ada Aku Ada Dia.
Malah, dia yang juga Presiden Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) itu juga pernah menyertai rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan dan One In A Million. – KopiPlanet.com
The post Lapan Tahun Menghilang, Irene Catalina Bakal Muncul Dengan Single Baharu Mahu Apa Lagi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: