Ads Top

Tampil Kali Pertama Selaku Pengarah Filem, Zizan Nin Anggap Kerjaya Sebagai Anak Seni Sudah Lengkap

Setelah hampir 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburam tanah air, pelakon dan pengacara Zizan Nin akhirnya diberi kepercayaan untuk mengarah filem sulungnya iaitu Sazali Meor Coco.

Zizan berkata, dengan filem sulung arahannya itu, dia menganggap kerjayanya sebagai anak seni sudah lengkap selepas duduk di kerusi pengarah.

“Saya sudah jadi pelakon, pengacara, teater dan dah dapat anugerah. Sekarang ini saya dah terbit mengarah filem pula dan saya anggap ini pelengkap kepada kerjaya seni saya.

“Selama ini orang kenal saya sebagai pelakon, orang tak tahu pun saya sebagai pengarah. Saya banyak mengarah drama, doukumentara, travelog dan kini berpeluang mengarah filem Sazali Meor Coco,” ujarnya.

Filem Sazali Meor Coco merupakan karya terbitan Aquila Emas Sdn Bhd dan arahan Zizan Nin akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 November 2023.

Menariknya, filem berkenaan menampilkan barisan pelakon baharu yang berbakat besar iaitu Syazani Zikry (Sazali), Iman Zulkarnanin (Coco) dan Shahradhy (Meor).

Sementara itu, mengenai pemilihan pelakon untuk membintangi filem Sazali Meor Coco, Zizan berkata dia tidak memandangkan seseorang pelakon itu atas populariti tetapi apa yang penting adalah komitmen mereka untuk menjayakan watak yang diberi.

“Pertama sekali mereka perlu datang uji bakat. Saya tak kira sama ada pelakon itu ada nama atau tidak, tetapi mereka perlu melalui proses uji bakat dan itu adalah satu proses yang kami telah tetapkan.

“Yang kedua, mereka perlu beri komitmen 100% dan ini adalah projek yang besar dan serius. Seminggu mereka perlu melalui sesi rehearsal dengan saya,” ujarnya.

Zizan akui filem Sazali Meor Coco ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya di samping dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi sebagai barisan pelakon di masa hadapan.

Untuk makluman, filem ini juga telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 Oktover 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival. – KopiPlanet.com

The post Tampil Kali Pertama Selaku Pengarah Filem, Zizan Nin Anggap Kerjaya Sebagai Anak Seni Sudah Lengkap appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.