Ads Top

Aliff Aziz Muncul Juara Minggu Ke-8 All Stars Gegar Vaganza, Nikki Palikat Terselamat Daripada Penyingkiran

Saingan minggu ke-8 All Stars Gegar Vaganza menyaksikan peserta kelahiran Singapura, Aliff Aziz muncul sebagai juara mengatasi sembilan peserta lain.

Mempersembahkan lagu Cik Mek Molek, ternyata Aliff berjaya menyahut cabaran untuk mempersembahkan lagu yang dipopularkan Datuk M Daud Kilau.

Berada di kedudukan kedua pula menjadi milik Naqiu yang menyanyikan lagu Kuda Hitam, manakala Tomok pula berada di tangga ketiga menerusi lagu Apa Dah Jadi.

Sementara itu, Nikki Palikat pula gagal memikat hati juri apabila tampil dengan persembahan lagu Semakin Rindu Semakin Asyik.

Bagaimanapun, Nikki nyata terselamat apabila tiada penyingkiran dilakukan untuk minggu ini, sekaligus semua peserta layak bersaing pada minggu hadapan.

Saingan untuk minggu ke-8 menyaksikan kelainan apabila semua peserta diberikan lagu yang bukan genre mereka yang sebenar menerusi pilihan Datuk Ramli MS. – KopiPlanet.com

Tema Minggu Ke-9 (Duet 2.0 – Astro Verse)

  1. Jampi – Aliff Aziz ft Zaki Yamani (78.00 peratus)
  2. Samar Bayangan – Naqiu ft Hazama (77.75 peratus)
  3. Tak Mungkin Berpaling – Tomok ft Black Hanifah (74.75 peratus)
  4. Kamu Yang Ku Tunggu – Hady Mirza ft Shiha Zikir (72.00 peratus)
  5. All I Ask – Jaclyn Victor ft Nadeera (67.00 peratus)
  6. Ku Tak Bisa – Azharina ft Putera Muhammad (66.00 peratus)
  7. Teringin – Siti Nordiana ft Amelina (62.75 peratus)
  8. Hati Kama – Liza Hanim ft Noraniza Idris (62.50 peratus)
  9. Tegar – Noryn Aziz ft Dia Fadila (57.00 peratus)
  10. Drama King – Nikki Palikat ft Ara Johari (56.50 peratus)

The post Aliff Aziz Muncul Juara Minggu Ke-8 All Stars Gegar Vaganza, Nikki Palikat Terselamat Daripada Penyingkiran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.