Amakening Music Tampil Penyanyi Muslim Austria, Jaqlyn Lancar Single Baharu This Is Who I Am
Awakening Music dengan bangganya mengumumkan penandatanganan artis wanita pertamanya, penyanyi-penulis lagu dari Muslim Austria, Jaqlyn, dengan pelancaran single sulungnya yang penuh emosi berjudul, “This Is Who I Am”.
Dilahirkan di Graz, Austria, Jaqlyn membawa warisan budaya yang pelbagai, berdarah Austria dari sebelah ayah dan Georgia dari sebelah ibu. Sejak kecil, muzik telah menjadi perkara yang penting dalam hidupnya. Diinspirasikan oleh ibu dan neneknya, beliau sering menyanyi lagu balada daripada ikon vokal seperti Céline Dion dan Lara Fabian, membina suara yang kini memikat jutaan pendengar.
Minatnya terhadap persembahan membawanya dari bidang lakonan dan sukan kepada tumpuan sepenuhnya dalam muzik. Pada September 2024, Jaqlyn mencapai kejayaan besar di rancangan The Voice of Germany, di mana persembahan lagu “Nothing’s Gonna Change My Love for You” oleh George Benson menerima pujian sebulat suara daripada keempat-empat juri selebriti. Persembahan itu kini telah menarik perhatian lebih 4 juta tontonan di YouTube, meneguhkan kedudukannya sebagai suara baharu yang luar biasa.
Pada Januari 2023, Jaqlyn memeluk Islam, satu keputusan yang disifatkannya sebagai transformasi peribadi dan artistik. Keimanannya kini memainkan peranan utama dalam kreatifnya. “Memakai hijab tidak menghalang saya daripada menjadi berani atau kreatif. Malah, ia memberi kekuatan untuk saya menjadi pemimpin dan pengaruh positif,” kongsinya.
Kini pada usia 23 tahun, Jaqlyn memulakan perjalanan profesionalnya selepas menandatangani kontrak dengan Awakening Music. Single sulungnya “This Is Who I Am” ditulis bersama oleh artis multi-platinum Awakening, Maher Zain, bersama pasukan kreatif yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Lagu ini merupakan lagu puisi yang kuat tentang identiti, keimanan, dan penerimaan diri.
Bermula dari barisan pembukaan yang menunjukkan sifat terdedah (vulnerability) dan refleksi, Jaqlyn membawa pendengar dalam perjalanan ketabahan, merangkul cabaran dan kejayaan yang membentuk dirinya. Korus lagu ini menyampaikan deklarasi yang berani dan tidak dapat dilupakan tentang kebanggaan dan keaslian: “Here I stand… This is who I am.”
Mengenang pengalamannya merakamkan single pertama, Jaqlyn berkongsi: “Merakam ‘This Is Who I Am’ terasa semula jadi dan mudah, ia mengalir terus dari hati saya. Saya rasa bertuah dapat berkongsi keimanan dan nilai-nilai saya melalui muzik, dan saya berharap lagu ini memberi kekuatan kepada orang lain untuk menerima diri mereka yang sebenar.”
Sebuah lagu yang membangkitkan semangat tentang identiti, keimanan, dan penerimaan diri, ‘This Is Who I Am’mempamerkan keupayaan vokal Jaqlyn yang dinamik dan kedalaman emosinya. Kesenianya menggabungkan kelembutan dan kekuatan, menawarkan perspektif baharu yang memberi inspirasi dalam muzik kontemporari berunsur keimanan.
Pengasas Bersama dan Pengarah Awakening Music, Bara Kherigi, berkata: “Kami sangat berbesar hati menyambut kehadiran Jaqlyn ke dalam keluarga Awakening Music. Mesej dan kesenianya meraikan kreativiti, kekuatan, dan perwakilan wanita dalam muzik Islam, dan kami berasa bangga dapat melangkah bersama dalam perjalanan ini.”
Lagu ‘This Is Who I Am’ boleh didapati di semua platform penstriman seluruh dunia mulai hari ini. – KopiPlanet.com
The post Amakening Music Tampil Penyanyi Muslim Austria, Jaqlyn Lancar Single Baharu This Is Who I Am appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: